22 September
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | September | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2007 |
22 September merupakan hari ke-265 (hari ke-266 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 100 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Rosh Hashanah yang bermula ketika matahari terbenam (agama Yahudi 2006)
- Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960)
- Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
[Sunting] Peristiwa
- 1776 - Kapten Nathan Hale, seorang perisik Tentera Continental semasa Revolusi Amerika digantung oleh tentera British.
- 1862 - Sejarah perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, yang membebaskan semua hamba abdi di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 - Das Rheingold, opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner dipersembahkan di Munich.
- 1961 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan arahan eksekutif Presiden John F. Kennedy untuk menubuhkan Peace Corps.
- 1980 - Iraq melancarkan serangan ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.