1 Januari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Januari | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2007 |
1 Januari merupakan hari pertama dalam kalendar Gregorian. Kalendar Gregorian yang disebarluas pada tahun 1582 tidak menetapkan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru ataupun hari pertama untuk tahun yang dinomborkannya.
England bermula menggunakan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru pada tahun 1752. Sebelum ini dan sejak abad ke-13, tahun baru bermula dengan 25 Mac sebagai "Hari Lady" ataupun "Hari Pengumuman Penjelmaan Semula Anak Dara Maria".
Tinggal 364 hari (atau 365 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
[Sunting] Peristiwa
- 1801 - Giuseppe Piazzi menemui 1 Ceres (gambar) yang merupakan asteroid pertama yang diketahui.
- 1801 - Kemaharajaan Ireland bergabung dengan Kemaharajaan Great Britain, dan menambah saltira St. Patrick kepada Bendera Union.
- 1818 - Frankenstein, atau Prometeus Moden, novel cereka sains oleh Mary Shelley, diterbitkan buat pertama kali di London.
- 1912: Penubuhan Republik China (Taiwan)
- 1959 - Presiden Fulgencio Batista dari Cuba melarikan diri ke Republik Dominica ketika angkatan tentera di bawah Fidel Castro menguasai Havana.
- 1970: Pesawat Boeing 747-100 memulakan perkhidmatannya dengan Pan Am.
- 1995 - Pertubuhan Perdagangan Dunia dicipta untuk mengambil alih Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan.