9 Disember
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Disember | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 | |||||
2007 |
9 Disember merupakan hari ke-343 (hari ke-344 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 22 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Tanzania (1961).
[Sunting] Peristiwa
- 1897 - Marguerite Durand, pelakon pentas, wartawan, serta pejuang terkenal untuk hak mengundi untuk wanita, menubuhkan La Fronde, akhbar gerakan kewanitaan.
- 1905 - Undang-undang mengenai perpisahan antara Gereja dengan Negara di Perancis diterimaguna, dan mencetuskan keingkaran awam oleh Katolik Perancis.
- 1946 - Perbicaraan Doktor-doktor: Perbicaraan untuk jenayah-jenayah yang dilakukan dalam pengujikajian manusia Nazi semasa Perang Dunia II bermula di Nuremberg, Jerman.
- 1958 - Persatuan John Birch ditubuhkan untuk menentang ancaman komunisme yang dirasakan di Amerika Syarikat.
- 1960 - Coronation Street, siri drama lipur lara televisyen yang paling panjang di United Kingdom, disiarkan buat pertama kali di ITV.