Bandar Tun Abdul Razak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bandar Tun Abdul Razak, Pahang pada mulanya dikenali sebagai Bandar 22. Ini berikutan garis yang telah dirancang oleh pihak kerajaan untuk menamakan beberapa kawasan yang bakal dijadikan pusat pentadbiran dan ekonomi sesebuah penempatan Felda di kawasan Pahang tenggara dengan nombor sahaja untuk sementara waktu.
Bandar Tun Abdul Razak merupakan pusat perniagaan dan perancangan bandar bagi kawasan Pahang Tenggara. Bandar Tun Abdul Razak dikelilingi oleh penempatan Felda yang terdiri dari Felda Keratong 1 hingga Felda Keratong 4. Mula dibuka pada pertengahan tahun 1979 sebagai sebuah penempatan peneroka Felda hasil dari gagasan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Ia adalah terletak di dalam Daerah Rompin dan bersempadan dengan Negeri Johor Darul Takzim.
Diawal pembukaannya, Felda Keratong menggunakan poskod 85600 yang merujuk kepada Pejabat Pos Segamat, Johor. Beberapa tahun kemudian, setelah kerajaan menyedari bahawa Bandar 22 mampu membangun dengan lebih baik memandangkan sektor ekonomi kelapa sawit yang makin baik di pasaran, kerajaan menukarkan nama Bandar 22 kepada Bandar Tun Abdul Razak dan menggunakan poskod 26900 yang merujuk kepada pejabat pos Bandar Tun Abdul Razak itu sendiri.
Bandar Tun Abdul Razak ditadbir oleh pihak DARA selama beberapa tahun semenjak awal pembukaannya sebelum diambil alih oleh Teras DARA Konsortium. Penswastaan ini banyak memberi impak positif kepada perkembangan Bandar Tun Abdul Razak seperti tahap kebersihan dan pengindahan kawasan semakin baik, pertambahan bilangan sekolah, hospital dan klinik-klinik desa. Sebuah Dewan Orang Ramai juga dibina untuk kemudahan penduduk setempat.
Punca pendapatan utama penduduk di Bandar Tun Abdul Razak adalah hasil tanaman kelapa sawit yang diberikan oleh Felda, kemudiannya ramai antara peneroka Felda disini menceburi bidang perniagaan dengan membuka Stesen Minyak, Kedai Runcit, Pusat Tuisyen, Kolam Memancing, dan pelbagai kedai untuk kemudahan penduduk setempat. Kini setelah 28 tahun berlalu, Bandar Tun Abdul Razak semakin berkembang maju selaras dengan perkembangan bandar-bandar terdekatnya seperti Segamat, Muadzam Shah, Kuala Rompin dan Kuantan.
![]() |
Pahang Darul Makmur | ![]() |
---|---|---|
Daerah: Bera | Bentong | Cameron Highlands | Jerantut | Kuantan | Lipis | Maran | Pekan | Raub | Rompin | Temerloh | ||
Bandar: Bandar Indera Mahkota | Bandar Jengka | Bandar Muadzam Shah | Bandar Tun Abdul Razak | Batu Talam | Benta | Bentong | Beserah | Brinchang | Bukit Tinggi | Chenor | Cherating | Bukit Fraser | Gambang | Gebeng | Genting Highlands | Genting Sempah | Gohtong Jaya | Janda Baik | Jerantut | Karak | Ketari | Kuala Lipis | Kuala Rompin | Kuantan | Lanchang | Lubuk Paku | Lurah Bilut | Maran | Mentakab | Merapoh | Pekan | Raub | Rompin | Sungai Lembing | Tanah Rata | Temerloh | Teriang | ||
Pulau: Pulau Tioman |