Kuantan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kuantan ialah ibu negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km². Penduduk Kuantan terdiri daripada 62% orang Melayu, 28% orang Cina, 4% orang India dan 6% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.
Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:
- "Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Petempatannya adalah sekitar muara Sungai Teruntum iaitu berhadapan dengan bangunan hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Hj. Senik dan pengikutnya dalam tahun 1850-an. Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan petempatan ialah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.
[Sunting] Tempat pelancongan
[Sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi Majlis Perbandaran Kuantan
- Koleksi peta-peta berkaitan dengan Kuantan
- Kuantan Online
![]() |
Pahang Darul Makmur | ![]() |
---|---|---|
Daerah: Bera | Bentong | Cameron Highlands | Jerantut | Kuantan | Lipis | Maran | Pekan | Raub | Rompin | Temerloh | ||
Bandar: Bandar Indera Mahkota | Bandar Jengka | Bandar Muadzam Shah | Bandar Tun Abdul Razak | Batu Talam | Benta | Bentong | Beserah | Brinchang | Bukit Tinggi | Chenor | Cherating | Bukit Fraser | Gambang | Gebeng | Genting Highlands | Genting Sempah | Gohtong Jaya | Janda Baik | Jerantut | Karak | Ketari | Kuala Lipis | Kuala Rompin | Kuantan | Lanchang | Lubuk Paku | Lurah Bilut | Maran | Mentakab | Merapoh | Pekan | Raub | Rompin | Sungai Lembing | Tanah Rata | Temerloh | Teriang | ||
Pulau: Pulau Tioman |
![]() |
||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | ![]() |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |