Bayi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bayi ialah kategori termuda untuk kanak-kanak.
[Sunting] Rupa bayi baru lahir
Dagu dan pinggul bayi baru lahir adalah sempit, dengan perut buncit sedikit, serta lengan dan kaki yang agak pendek. Berat puratnya lebih kurang 7.5 paun (3.2 kilogram) dan panjangnya 14-20 inci (35.6-50.8 sentimeter, walaupun bayi baru lahir pramasa adalah lebih kecil. Skor Apgar ialah ukuran peralihan bayi baru lahir dari rahim semasa sepuluh minit yang pertama.
Kepala bayi baru lahir adalah amat besar berbanding bahagian-bahagian badan yang lain, dan kraniumnya juga besar berbanding mukanya. Sedangkan tengkorak manusia dewasa adalah lebih kurang satu perlapan panjang badan penuh, bayi baru lahir adalah dua kali ganda ini. Ketika dilahir, banyak tempat tengkorak bayi baru lahir masih belum lagi dijadikan tulang. "Tempat-tempat lembut" ini digelarkan fontan. Dua tempat yang terbesar ialah fontanel anterior berbentuk intan dan yang terletak di bahagian depan kepala, serta fontanel posterior yang lebih kecil dan terletak di belakang kepala.
Semasa pelahiran dan kelahiran, tengkorak bayi bertukar bentuk untuk menyesuaikan dengan salur lahir dan oleh itu, kekadangnya menyebabkan bayi dilahir dengan kepala yang cacat atau panjang. Bagaimanapun, keadaan ini biasanya kembali ke keadaan normal dengan sendiri dalam jangka masa beberapa hari atau beberapa minggu. Senaman khas yang kekadang dinasihatkan oleh pakar perubatan boleh membantu proses ini.
Sesetengah bayi baru lahir mempunyai bulu halus yang digelarkan lanugo, khususnya di belakang, bahu, dan dahi bayi pramasa. Lanugo hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu. Bukan semua bayi mempunyai rambut yang banyak. Ada yang botak, sedangkan ada yang mempunyai rambut yang terlalu halus sehingga hampir tidak dapat dilihat. Kulit kepala mungkin juga lebam-lebam atau bengkak sementara waktu, khususnya bagi bayi baru lahir yang botak, dan kawasan di sekeliling mata mereka mungkin bengkak juga.
Sebaik sahaja selepas kelahiran, kulit bayi baru lahir sering berwarna kekelabu-kelabuan hingga biru suram. Dan sebaik sahaja bayi memulakan penafasan, biasanya dalam seminit atau dua, warna kulitnya akan berpulih ke warna yang biasa. Bayi baru lahir adalah basah dan diliputi oleh tanda jalur darah serta bahan putih yang digelarkan verniks kaseosa dan yang dianggap bertindak sebagai rintangan antibakteria. Bayi baru lahir mungkin juga mempunyai bintik Mongolia, pelbagai tanda lahir, atau kulit terkopek, khususnya di bahagian pergelangan tangan, tangan, mata kaki, dan kaki.
Genital bayi baru lahir adalah besar dan merah, dengan bayi lelaki mempunyai skrotum yang amat besar. Dadanya mungkin besar juga, walaupun bayi lelaki. Ini disebabkan oleh hormon ibu dan merupakan keadaan yang sementara. Bayi perempuan mungkin mengeluarkan susu dari putingnya, dan/atau bahan darah atau (bahan seakan-akan susu) dari farajnya. Bagaimanapun, kesemua ini dianggap biasa dan akan hilang dengan masa.
Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu. Kekadangnya, hospital akan membubuh pencelup ganda tiga (triple dye) pada tali pusat yang kontot itu untuk mencegahkan jangkitan dan oleh itu, menyebabkan tali pusat itu dan kawasan sekelilingnya berwarna ungu.
Bayi baru lahir hilang banyak daripada ciri-ciri fizikal yang tersebut dengan pantas dan oleh itu, bayi yang lebih tua kelihatan amat berbeza. Sedangkan bayi yang lebih tua dianggap "comel", bayi baru lahir mungkin kelihatan "tidak menarik" dan oleh itu, ibu bapa pertama kali mungkin harus dididik mengenai perkara ini.
[Sunting] Pautan luar
- Pautan-pauntan Bayi — Penjagaan ibu bapa dan tapak-tapak maklumat daripada Projek Direktori Bebas
- Akademi Pediatrik Amerika — Pertubuhan profesional untuk ahli-ahli pediatrik Amerika Syarikat, dengan maklumat penjagaan ibu bapa dan penyakit berkenaan dengan bayi dan kanak-kanak
- Kehamilan, kelahiran dan bayi — tapak penjagaan ibu bapa, termasuk Wiki Penjagaan Ibu Bapa
- Penyakit Bayi yang sering berlaku — Rencana yang membincangkan penyakit-penyakit bayi
- Buku Fakta CIA — Kadar mortaliti bayi di pelbagai negara dan petunjuk kesihatan yang lain
- Laman web rasmi Baby Milk Action — "bertujuan untuk menyelamatkan hayat dan mengakhirkan penderitaan yang boleh dielakkan yang disebabkan oleh penyusuan bayi yang tidak sesuai"
- Laporan Kesihatan Dunia – Mementingkan Setiap Ibu dan Kanak-kanak
- Keselamatan Cahaya Matahari untuk Bayi dan Kanak-kanak — Universiti Florida/Pusat Pengajian Lanjutan IFAS untuk Sains Keluarga, Belia dan Komuniti
- Panduan penjagaan bayi Tapak bukan untung yang dikendalikan oleh Doktor Pakar Kanak-kanak untuk menyedari orang-orang mengenai petua penjagaan bayi dan pelbagai penyakit bayi
Didahului oleh: Fetus |
Peringkat dalam pertumbuhan manusia Bayi |
Diikuti oleh: Kanak-kanak bertatih |
|
|