Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Web Analytics
Cookie Policy Terms and Conditions Big Ben - Wikipedia

Big Ben

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Big Ben ialah nama percakapan yang popular untuk menara jam yang terletak di timur laut bangunan Parlimen di Westminster, London, England. Bagaimanapun, nama ini sebenarnya merujuk kepada loceng utama jam tersebut. Menara jam ini juga dirujuk sebagai Menara St. Stephen.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Struktur

Istana Westminster timur laut, dari Jambatan Westminster.
Istana Westminster timur laut, dari Jambatan Westminster.

Big Ben telah dibina sebagai sebahagian daripada reka bentuk Charles Barry untuk istana yang baru selepas Istana Westminster lama telah dimusnahkan dalam kebakaran pada malam 16 Oktober 1834.

Menara ini yang tingginya 96.3 meter (316 kaki) direka bentuk dalam gaya Gothik Victoria. 61 meter (200 kaki) yang pertama struktur ini merupakan menara jam dan dibina dengan bata yang disaluti oleh batu; yang selebihnya merupakan puncak menara berangka yang diperbuat daripada besi tuangan. Menara ini berdiri di atas asas konkrit yang berukuran 15 meter kali 15 meter, dengan tebalnya sebanyak 3 meter (9 kaki), pada kedalaman sebanyak 7 meter (23 kaki) di bawah aras bumi. Beratnya Menara Big Ben sebanyak lebih kurang 8,667 tan panjang (9,553 tan metrik). Keempat-empat muka jam terletak 55 meter (180 kaki) di atas aras bumi.

Akibat keadaan bentuk muka bumi tanah sejak pembinaannya, Menara Big Ben condong sedikit ke barat laut sebanyak lebih kurang 220 milimeter (8.66 inci). Disebabkan oleh kesan-kesan haba, menara ini condong setiap tahun sebanyak beberapa milimeter pada arah timur-barat. [1]

[Sunting] Muka Jam

Pandangan muka Jam Besar Westminster. Gambar tubuh manusia setinggi 5 kaki 4 inci telah diletakan di situ mengikut sekil. Jarum panjangnya adalah  9 kaki manakala jarum minit nya sepanjang 14 kaki.
Pandangan muka Jam Besar Westminster. Gambar tubuh manusia setinggi 5 kaki 4 inci telah diletakan di situ mengikut sekil. Jarum panjangnya adalah 9 kaki manakala jarum minit nya sepanjang 14 kaki.

Muka jam ini pada satu ketika cukup besar untuk menjadikannya jam bermuka 4 yang paling besar di dunia. Rekod ini kini dipegang oleh jam Allen-Bradley di Milwaukee, Wisconsin. Mekanisme jam ini disiapkan pada tahun 1854 tetapi menara jam tidak disiapkan sehingga tahun 1858.

Muka jam dan dail ini adalah rekaan Augustus Pugin dan dibina menggunakan kerangka besi dengan garis lintang 7 meter. Kerangka ini mendakap 576 kepingan gelas opal, seperti tingkap kaca berwarna. Kepingan-kepingan kaca ini boleh ditanggalkan untuk pemeriksaan. Sekeliling permukaan dial disalutkan dengan kepingan emas (gilded). Pada kaki setiap muka jam terdapat tulisan 'DOMINE SALVAM FAC REGINAM NOSTRAM VICTORIAM PRIMAM' yang bermaksud “Tuhan Selamatkan Ratu Victoria I Kami”.

Nama Big Ben sebenarnya diberikan kepada loceng utama untuk Jam Besar Westminster. loceng utama yang beratnya 14.5 tonne dibuat dalam tahun 1856. Jam ini tidak pernah diberikan nama rasmi, tetapi legenda menyatakan bahawa Pesuruhjaya Pembinaan Sir Benjamin Hall mengarahkan sedemikian. Oleh kerana menara jam belum lagi siap, jam ini dipasangkan di New Palace Yard tetapi jam ini retak apabila diketuk oleh pengetuk loceng. Oleh yang demikian, jam ini dileburkan semula dan dibuatkan semula menjadi jam seberat 12.5 tonne dan 4 buah jam suku-jam. Jam besar mula bergerak pada 7 September 1859.

Semasa Perang Dunia II, Palace of Westminster rosak terkena bom Jerman yang memusnahkan Dewan Perundangan House of Commons dan muka jam sebelah barat. Gambar

[Sunting] Loceng utama

Big Ben sebenarnya adalah nama tidak rasmi untuk loceng besar yang digantungkan di dalam rumah loceng di dalam Jam Besar Westminster. Loceng ini adalah sebahagian daripada mekanisme Jam Besar Westminster.

Loceng besar ini mula dibuat pada 10 April 1859 apabila besi lebur mula dituangkan dalam acuannya oleh syarikat George Mears di Stockton-on-Tees. Tetapi loceng ini mengalami keretakan apabila diuji dan retak menjadi dua bahagian. Dengan itu, loceng ini dileburkan semula di Foundri Loceng Whitechapel dan dijadikan loceng yang kecil sedikit daripada loceng asal. Apabila diuji sekali lagi, retak halus berlaku. Keputusan dibuat untuk memusingkan sedikit loceng tersebut dan saiz pengetuknya dikurangkan untuk mengelakkan lagi keretakan.

Asal nama Big Ben dikatakan berpunca dari nama ahli tinju Benjamin Caunt, yang ketika itu paling sohor di Britain. Ianya juga mungkin berasal dari nama Sir Benjamin Hall.

British Broadcasting Corporation ataupun BBC memulakan penyiaran bunyi loceng Big Ben sebagai tanda waktu pada 31 Disember 1923. Satu mikrofon dipasangkan di dalam rumah loceng Jam Besar Westminster dan dihubungkan terus ke Broadcasting House, London. Bunyi loceng ini masih digunakan oleh BBC sebagai tanda waktu sehingga hari ini.

[Sunting] Loceng-loceng lain

Selain Big Ben, terdapat beberapa loceng lain yang lebih kecil ditempatkan di dalam rumah loceng Jam Besar Westminster, yang digunakan untuk memainkan melodi untuk setiap suku jam, setengah jam dan tiga suku jam. Not “C” dimainkan dengan cepat secara berturutan, dan dua pengetuk digunakan untuk membolehkan efek ini. Melodi loceng sebenarnya disusun mengikut seni kata "All through this hour, Lord be my Guide. And by thy power, no foot shall slide" yang bermakna “Sepanjang satu jam ini, Tuah menjadi panduanku, dan dengan KuasaMu, aku tidak akan tergelincir”

[Sunting] Jam Turrent Seakan-akan Big Ben

Sebuah loceng replika setinggi 6 meter yang dikenali sebagai Little Ben dilengkapi dengan jam yang berfungsi ditempatkan di satu pulau lalu lintas berhampiran Stesen Kereta Api Victoria di London. Beberapa jam turret lain yang diilhamkan dari Jam Besar Westminster telah dibina di beberapa tempat lain di dunia seperti Gare de Lyon di Paris dan Peace Tower di Bangunan Parlimen Kanada di Ottawa.

Old Joe pula ialah satu menara jam seperti Big Ben yang terletak di Universiti Birmingham di Birmingham. Loceng jam ini dikenali sebagai "Old Tom" ataupun "Old Joe", dan mempunyai muka jam dengan garis lintang 17 kaki. Baby Big Ben pula terdapat di Wales dan terletak di Pierhead di Cardiff. Mekanisme jam ini hampir serupa dengan mekanisme jam Big Ben di London. [2]

[Sunting] Keandalan Masa

Menara Jam Besar Waktu Senja, Dengan London Eye Kelihatan Di Belakang
Menara Jam Besar Waktu Senja, Dengan London Eye Kelihatan Di Belakang

Jam Besar Westminster ini terkenal dengan ketepatannya mengikut masa. Keupayaan ini berpunca daripada kemahiran pembuat jam Edmund Beckett Denison (kemudiannya Lord Grimthorpe). Denison sebenarnya seorang peguam yang mempunyai hobi memperbaiki jam. Beliau juga mahir dalam ilmu horologi, iaitu ilmu mengukur masa dan ilmu membuat jam.

Mekanisme jam itu sendiri dibuat oleh Edward John Dent mengikut spesifikasi yang diberikan oleh Denison. Sementara menunggukan menara jam siap, Denison berpeluang membuat uji kaji ketetapan jamnya.

Disebabkan oleh lokasi jam ini ditempatkan dalam tempat yang tertutup, bandul jam ini dilindungi daripada faktor cuaca, ais dan juga burung-burung merpati yang banyak terdapat di kawasan Istana Westminster. Hasilnya, jam ini berupaya mengukur masa dengan tahap ketepatan yang amat tinggi dan tepat.

Pepatah Inggeris “putting a penny on” yang bermakna “mula perlahan” dikatakan berasal daripada cara untuk menala semula (fine-tuning) jam besar dengan cara menambahkan ataupun mengurangkan kepingan duit syiling satu penny. Cara ini masih digunakan, walaupun syiling penny itu sendiri tidak lagi digunakan selepas British menggunakan mata wang decimal dalam tahun 1971.

Jam Besar Westminster ini masih berfungsi dengan baik walaupun semasa Blitz, pengeboman London semasa Perang Dunia II. Tetapi pada tahun baru 1962, jam ini lambat sehingga 10 minit disebabkan oleh salji tebal, dan bunyi jam untuk tahun baru tersebut terlewat 10 minit.

Jam Besar Westminster ini mengalami kerosakan kali pertama dalam tahun 1976 dan perlu diperbaiki. Mekanisme yang menghasilkan bunyi loceng rosak kerana kelesuan logam pada 5 Ogos 1976. Kerja pembaikan hanya siap pada 9 Mei 1977. Sementara kerja pembiakan dibuat, BBC terpaksa menggunakan bunyi “pip” elektronik sahaja. Jam Besar ini terhenti pada 30 April 1997, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Britain 1977 dan sekali lagi terhenti tiga minggu kemudian. Pada 27 Mei 2005, Jam Besar ini terhenti selama 90 minit kerana cuaca terlalu panas (sehingga 31.8ºC/90ºF0) sebelum bergerak semula.

Pada Oktober 29 2005, mekanisme jam ini terhenti kira-kira selama 33jam supaya jam tersebut dapat dibaiki untuk servis. Ini merupakan masa terpanjang yang diambil untuk kerja-kerja pembaikian dijalankan dalam tempoh masa 22tahun[3]

Pada than 2005 juga, sebuah manual pengganas telah dijumpai tempat Abu Hamza al-Masri, yang menanda Big Ben, The Statue of Liberty dan Menara Eiffel sebagai target pihak pengganas. Dalam kes ini, The Old Bailey pada tahun 2006 telah menolak semua tuduhan yang menyatakan bahawa semua tempat-tempat yang telah ditanda bukan merupakan sasaran pengganas.

Sebuah "Quarter Bells" Big Ben telah dikeluarkan untuk dibaik pulih selama empat minggu bermula dari 0700 GMT pada Jun 5 2006 [4],ini disebabkan oleh kerosakan dan perlu dibaiki dan sevis. [5]

[Sunting] Budaya

Di England, Big Ben akan menjadi tumpuan pada setiap perayaan Tahun Baru, di mana stesyen-stesyen radio dan TV akan memggunakan bunyi yang unik itu untuk menandakan kedatangan tahun baru. Begitu juga pada Hari Peringatan, bunyi loceng Big Ben akan berbunyi pada jam 11, hari ke 11 pada bulan 11. Ini akan diikuti dengan 2 minit tempoh berdiam diri sebagai penghormatan.

Bertahun-tahun lamanya, siaran berita "News at Ten" di stesyen TV - ITN bermula dengan gambar dan bunyi Big Ben, sehinggalah ke hari ni, konsepnya masih begitu. Begitu juga bunyi jam Big Ben akan dibunyikan untuk menandakan waktu yang di siarkan di corong-corong radio BBC Radio 4 dan BBC World Service, yang mana semenjak 31 Disember, 1923 lagi bunyi tersebut adalah bunyi asli, iaitu pemasangan sistem mikropon diletakkan di jam Big Ben dan bunyi terhasil di Bangunan Penyiaran.

Big Ben juga digunakan dalam kelas untuk mendemonstrasi prebezaan antara kelajuan cahaya dan kelajuan bunyi. Pengunjung yang melawat Big Ben yang berdiri di bawah menara jam tersebut biasanya akan mendengar bunyi loceng kira-kira 1/6 saat kemudian selepas bunyi loceng tersebut dibunyikan (Jika loceng tersebut diletakkan pada ketinggian 55 meter. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pantulan bunyi.

Imej jam tersebut juga dijadikan logo syarikat perfileman Filim London.

[Sunting] Rujukan budaya

[Sunting] Budaya cliché

Jam Menara Big Ben merupakan simbol gambaran untuk England dan London, kebanyakannya dalam media visual. Pihak televisyen atau penerbit filem yang ingin membuat gambaran England untuk penonton bukan England biasanya akan menggunakan Big Ben, Routemaster bus danHackney carriage pada latar lokasi penggambaran. Filem terbitan United Kingdom biasanya tidak akan menggunakan gambaran tersebut.

Bunyi jam Big Ben juga sering digunakan dalam media audio. Namun begitu, bunyi tersebut tidaklah begitu jelas disebabkan oleh bunyi jam-jam lain di sekitar London.

[Sunting] Contoh-contoh

  • Strukturnya ada ditunjukkan dalam filem-filem seperti The Thirty Nine Steps, V for Vendetta, Shanghai Knights, Basil, The Great Mouse Detective, Independence Day, My Learned Friend, Mars Attacks, National Lampoon's European Vacation, The Avengers, Gorgo, Peter Pan, Over the Hedge and Over the Hedge: The Giant Squirrel It has also been shown in various television shows such as Futurama, The Simpsons, Doctor Who (particularly in The Dalek Invasion of Earth, Aliens of London, The Empty Child and The Christmas Invasion) and Captain Scarlet.
  • Bunyinya pula terdapat dalam bangsawan Stephen Sondheim musical Sweeney Todd, first heard as the title character arrives back into a London port and recurring throughout the piece, helping to maintain a sense of location.
  • Menara jam tersebut ada muncul di Kingdom Hearts, part of the level relating to Disney's adaptation of J.M. Barrie's Peter Pan.
  • Dan di Yu-Gi-Oh! Trading Card Game, the card Clocktower Prison of the Destiny Heroes is designed after the tower.
  • Juga dalam Mainan Komputer James Bond James Bond 007: From Russia with Love Big Ben digunakan sebagai pembayang

[Sunting] Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

Big ben

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu