BitTorrent
Dari Wikipedia bahasa Melayu
BitTorrent ialah nama bagi sebuah protokol pengagihan fail pengguna ke pengguna, dan juga nama bagi pelaksanaan perisian bebas bagi protokol tersebut. Pada asalnya, protokol BitTorrent direkabentuk dan dicipta oleh Bram Cohen, seorang pengaturcara, tetapi sekarang ia dipelihara oleh BitTorrent Inc. BiTorrent direkabentuk supaya dapat mengagihkan sejumlah besar data secara meluas tanpa membebankan komputer pelayan.
Pelanggan BitTorrent yang asal ditulis dalam Python. Pada versi 4.0, kod sumbernya mula diterbitkan di bawah Lesen Sumber Terbuka BitTorrent. Terdapat juga pelbagai pelanggan lain yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan dan dijalankan dalam pelbagai platform pengkomputeran.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |