Wikipedia:Bot
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Laman ini merupakan polisi rasmi Wikipedia. Ia dipersetujui ramai penyunting dan dianggap piawai, dan haruslah diikuti semua pengguna. Melainkan suntingan kecil, sila bincangkan dahulu sebarang cadangan perubahan pada polisi ini. |
Bot internet (singkatan robot internet) merupakan satu program (proses automatik atau semi-automatik) yang berinteraksi dengan Wikipedia melalui internet. Polisi Wikipedia adalah tidak menggalakkan penggunaan bot. Jadi sila fahami dan patuhi peraturan di bawah dan di wiki-en sebelum menjalankan bot di Wikipedia ini.
Komuniti Wikipedia lebih suka bergantung kepada tenaga manusia. Walaupun bot boleh melakukan pelbagai kerja, ia akan membebankan sistem dari segi teknikal dan juga intelektual. Bot yang dirasakan bermasalah akan disekat oleh penyelia pada bila-bila masa.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Polisi bot
- Untuk mendapat kebenaran menjalankan bot, sila minta di laman perbualan atau di kedai kopi. Jalankan bot anda untuk suatu masa singkat supaya ia dapat dipantau. Jika lulus, sila ke meta untuk mendapat tanda (flag).
- Berikut merupakan tambahan pedoman kepada yang ada di wiki-en:
- Sila nyatakan dengan jelas akaun bot di laman pengguna anda dan tujuan bot itu.
- Buat masa ini penggunaan bot selain untuk tujuan interwiki tidak akan diluluskan.
- Tambahkan bot anda di senarai di bawah.
[Sunting] Senarai bot
[Sunting] Bot bertanda
Suntingan bot bertanda tidak akan kelihatan di laman Perubahan Terkini, klik sini jika anda mahu melihat suntingan bot-bot tersebut.
[Sunting] Bot belum bertanda
Bot-bot berikut belum bertanda / tidak diketahui statusnya (mengikut tarikh berdaftar):
- Robbot (suntingan)
- Suisui (suntingan)
- Hashar (suntingan)
- E2m (suntingan)
- Zwobot (suntingan)
- Palica (suntingan)
- Chobot (suntingan)
- YurikBot (suntingan)
- Sirius Zwarts Bot (suntingan)
- MSBOT (suntingan)
- JAnDbot (suntingan)