Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/22 September
Dari Wikipedia bahasa Melayu
22 September: Rosh Hashanah bermula ketika matahari terbenam (Agama Yahudi, 2006); Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960); Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
- 1776 - Kapten Nathan Hale, seorang perisik Tentera Continental semasa Revolusi Amerika digantung oleh tentera British.
- 1862 - Sejarah perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, yang membebaskan semua hamba abdi di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 - Das Rheingold, opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh komposer Jerman Richard Wagner dipersembahkan di Munich.
- 1961 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan arahan eksekutif Presiden John F. Kennedy untuk menubuhkan Peace Corps.
- 1980 - Iraq melancarkan serangan ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
Hari-hari sebelum: 21 September – 20 September – 19 September