Jacques Chirac
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jacques Chirac | |
![]() |
|
---|---|
Presiden Republik Perancis Putera Bersama Andorra |
|
Penjawat kini | |
Tempoh jawatan | 17 Mei 1995 |
Didahului oleh | François Mitterrand |
Kelahiran | 29 November 1932 Paris, Perancis |
Parti politik |
UMP (bukan ahli rasmi) |
Pasangan | Bernadette Chodron de Courcel |
Perdana Menteri Perancis | |
Tempoh jawatan | |
27 Mei 1974 – 26 Ogos 1976 20 Mac 1986–10 Mei 1988 |
|
Presiden | Valéry Giscard d'Estaing François Mitterrand |
Didahului oleh | Pierre Messmer Laurent Fabius |
Diwarisi oleh | Raymond Barre Michel Rocard |
Jacques René Chirac (lahir 29 November 1932) ialah Presiden Republik Perancis yang terkini. Beliau dipilih untuk menyandang jawatan presiden pada tahun 1995, dan kemudiannya dipilih semula pada tahun 2002 untuk tempoh sehingga tahun 2007. Sebagai Presiden, Chirac merupakan Putera Bersama ex officio untuk prinsipaliti Andorra serta pemegang anugerah Grand Master Légion d'honneur.
Dilahirkan di Paris, Perancis, Chirac belajar di Institut d'Etudes Politiques de Paris dan École Nationale d'Administration. Selepas pendidikannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam berpangkat tinggi dan kemudian menyertai bidang politik. Sejak masa itu, Chirac telah menyandang berbagai-bagai jawatan kanan, termasuk Menteri Pertanian, Perdana Menteri, Datuk Bandar Paris, dan akhirnya, Presiden Perancis.
Chirac berpegang teguh pada penurunan kadar-kadar cukai, penghapusan kawalan harga, pengenaan hukuman keras terhadap jenayah dan terorisme, serta penswastaan perniagaan. Beliau juga menyokong dasar-dasar ekonomi yang lebih bersifat tanggungjawab sosial, dan dipilih sebagai presiden pada tahun 1995, selepas berkempen untuk memulihkan "celah sosial" (fracture sociale). Dasar-dasar ekonominya pada berbagai-bagai masa termasuk kedua-dua unsur laissez faire dan dirigisme. Tentang persoalan-persoalan Kesatuan Eropah, beliau telah memegang pendirian yang berbeza-beza dari euroskeptisisme ke pendirian-pendirian yang lebih bersifat pro-Kesatuan.
[Sunting] Pautan luar
- Biografi di Laman Web Rasmi Pejabat Presiden Perancis
- (Perancis) Biografi dan pilihan raya Chirac (2002)
- Jacques Chirac mengancam pelancaran serangan nuklear terhadap Iran, Der Spiegel, 19 Januari 2006.