Jorge Rafael Videla
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jorge Rafael Videla Redondo (dilahirkan pada 21 Ogos 1925) adalah seorang bekas tentera dan ahli politik. Beliau mendapat gelaran "tulang" ("the bone") sebab tubuhnya yang lurus seperti tulang. Zaman pemerintahan beliau merupakan titik permulaan "Dirty War" iaitu era yang paling kejam sekali dalam sejarah Argentina. Namun beliau terkenal di Amerika Selatan sebagai pakar dalam strategi anti-komunisme antarabangsa dan menerima pujian dari ahli politik berhaluan kanan Amerika Syarikat, termasuk Ronald Reagan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah awalnya
Dilahirkan di Mercedes, Buenos Aires, Videla bangkit sewaktu ketidakstabilan ekonomi dan politik di Argentina pada awal hingga pertengahan 1970-an. Pada 1973 Juan Perón telah kembali berkuasa di negara ini tetapi pada usia yang tua beliau tidak mampu memperbaiki keadaan negara ini. Setahun kemudian, beliau meninggal dunia dan jawatannya disandang oleh isterinya Isabel Perón, seorang bekas penari kelab malam yang tiada pengalaman di dalam politik. Dalam usahanya untuk mendapat sokongan tentera, Isabel telah melantik Videla sebagai Commander-in-Chief, jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera Argentina. Tindakan ini seperti memakan diri sendiri kerana beliau melancarkan kudeta dan berjaya menjatuhkan kerajaan dinasti Perón pada 24 Mac, 1976, dan menjadi presiden de-facto sebagai ketua junta tentera dan berkongsi kuasa dengan Komander Jeneral Tentera Udara iaitu Orlando Ramón Agosti dan Komander Tentera Laut, Admiral Eduardo Emilio Massera. Beberapa hari selepas itu, pada 29 Mac 1976, Videla secara rasminya menjadi Presiden Argentina, suatu jawatan yang disandang hingga 29 Mac, 1981.
[Sunting] Proses Pembersihan Puak Berhaluan Kiri
Sebaik sahaja menjadi Presiden, beliau membubarkan Kongres dan memberi kuasa penggubalan undang-undang kepada suatu suruhanjaya militari yang terdiri dari sembilan orang. Disamping itu, Vadela menyekat peranan mahkamah, parti-parti politik, dan kesatuan pekerja dan memenuhi jawatan-jawatan penting kerajaan dengan ahli tentera. Dalam masa seminggu, beliau menahan beratus-ratus rakyat yang disyaki gurila berhaluan kiri dan ini berterusan sewaktu pemerintahannya. Mangsa penahanan ini telah diberi panggilan "desaparecidos" dan dianggarkan antara 10,000 and 30,000 rakyat negara ini telah hilang secara misteri sewaktu pemerintahannya.
Namun demikian, beliau merupakan tonggak utama dalam membendung kegiatan Marxisme di Argentina. Videla terkenal sebagai seorang yang pakar dalam strategi anti-komunisme antarabangsa. Walaupun beliau dikecam oleh Carter kerana melanggar hak asasi manusia, berlainan pula dengan Ronald Reagan yang sememangnya anti-komunisme. Reagan bukan sahaja memuji beliau, malah memberi bantuan perisikan serta ketenteraan kepada beliau. Videla merupakan orang utama dalam usaha membendung komunisme dan terlibat dalam Operasi Condor, suatu kempen asasinasi dan pengumpulan perisikan menentang keganasan, yang melibatkan anggota keselamatan Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Paraguay, dan Uruguay pada pertengahan tahun 70an, dimana ramai orang diseksa, hilang dan dibunuh tanpa bicara.
[Sunting] Kezaliman dalam regim Vadela
Regimnya terkenal dengan "kehilangan" individu, penculikan bayi, dan penyeksaan yang melampau. Walaupun beliau mengaku bahawa peperangan "Dirty War" ini adalah terhadap puak subversif seperti puak radikal Marxist Montoneros dan gurila ERP, beliau juga berkata bahawa subversivos ini termasuklah mereka yang menentang Kristian dan tamaddun barat. Namun ramai yang percaya mangsanya termasuk juga musuh-musuh peribadinya seperti aktivis hak asasi manusia, ahli parti pembangkang dan sesiapa jua yang menentangnya. Sewaktu pemerintahannya dianggarkan antara 10,000-30,000 rakyat Argentina telah hilang, lebih setengah juta dibuang negara dan beribu telah ditahan dan diseksa dibeberapa kem tahanannya.
Badan yang membantu melaksanakan kekejamannya ialah "Argentine Anti-Communist Alliance" yang juga dikenali sebagai skuad pembunuh. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyeksakan tahanan dan corak pembunuhan yang paling popular ialah dengan melemaskan tahanan. Di militari bes Campo de Mayo misalnya, tahanan akan dibogelkan dan dirantaikan bersama tahanan-tahanan lain. Selepas itu mereka diseret kedalam kepalterbang tentera yang akan terbang di atas sungai Rio de la Plata atau Lautan Atlantik, dan pihak tentera akan menolak mereka keluar dari kapalterbang kedalam sungai atau laut supaya mereka mati lemas.
[Sunting] Kehidupan selepas demokrasi
Selepas beliau meletak jawatan, presiden-presidennya yang lain telah meneruskan peperangannya dan mendapat perlindungan daripada kerajaan pro-tentera ini. Tetapi pada awal 80an, kerajaan awam telah mengambilalih kuasa dan Videla serta jeneral-jeneral lain telah ditahan atas beberapa kesalahan jenayah yang berat seperti penyeksaan, pembunuhan dan penculikan. Mahkamah kemudiannya mendapati bahawa beliau terlibat dalam 66 pembunuhan, 306 penculikan, 93 penyeksaan dan 26 rompakan. Pada 1985, Videla dihukum penjara seumur hidup di penjara tentera di Magdalena.
Tetapi pada 29 Disember, 1990, Presiden Carlos Menem telah mengampunkan Videla dan jeneral-jeneral yang lain. Ramai ahli politik berpendapat pengampunan itu cukup praktikal untuk mendamaikan negara serta menutup sejarah hitam era "Dirty War" dimana ramai nyawa terkorban. Walaupun Videla bebas, tetapi hidupnya masih dihantui oleh kekejamannya yang silam. Dimana sahaja Videla pergi, beliau akan dicemuh atau dipukul oleh rakyat Argentina. Kini, bekas diktator ini berkurung dirumah bersama-sama dengan isteri serta dua cucunya.
Selepas kemenangan presiden Argentina sekarang, Néstor Kirchner, terdapat usaha meluas untuk memburukkan pemerintahan Videla. Kerajaan tidak lagi menganggap beliau sebagai Presiden yang sah dan portret-portretnya telah dialih keluar dari dewan-dewan kerajaan dan arkib negara.
[Sunting] Pautan luar
- Videla ditahan (10 Jun 1998)
- Videla diserang angin ahmar
Didahalui oleh: Isabel Martínez de Peron |
Presiden Argentina | Digantikan oleh: Roberto Eduardo Viola |