Kalendar Jepun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jepun mula menggunakan kalendar Gregory pada 1 Januari 1873. Sebelum tahun 1873, Jepun menggunakan kalendar qamari-suria yang diubah suai daripada kalendar Cina.
Jadual isi kandungan[sorok] |
[Sunting] Tahun
Sejak penggunaan kalendar Gregory, tiga buah sistem berlainan digunakn di Jepun:
- Zaman Kristian Barat
- Nama zaman Jepun yang berdasarkan pemerintahan maharaja terkini, misalnya tahun 2004 ialah tahun Heisei ke-16
- Tahun empayar yang berdasarkan pengasasan mitos Jepun oleh Maharaja Jimmu pada tahun 660 SM.
Antara ketiga-tiga sistem tersebut, yang kedua-dua pertama masih digunakan pada hari ini; kalendar empayar digunakan sehingga akhir Perang Dunia II, walaupun ia masih dikekalkan dalam sebilangan konteks rasmi.
[Sunting] Bulan
Nama-nama Jepun yang moden untuk bulan secara harfiah diterjemahkan sebagai "bulan pertama", "bulan kedua", dan sebagainya. Nombor yang berkenaan digabung dengan akhiran -gatsu yang bermaksud "bulan":
|
|
Tambahan lagi, setiap bulan mempunyai nama tradisi yang masih digunakan dalam sesetengah bidang seperti puisi; daripada dua belas bulan tersebut, shiwasu masih digunakan secara meluas sehingga kini. Pembuka perenggan surat atau sapaan dalam ucapan mungkin meminjam salah satu nama ini bagi menyampaikan imbasan musim. Sesetengahnya, seperti yayoi dan satsuki, mempunyai dua maksud sebagai nama diberikan (bagi wanita). Nama bulan ini turut muncul dari masa ke semasa dalam jidaigeki, yang merupakan siaran televisen kini dan set wayang pada akhir tempoh Edo atau lebih awal.
Yang berikut adalah senarai nama tradisi (nama bulan, dengan sebutan dan maksud harfiah)
- Januari - mu tsuki
- Februari - kisaragi atau kinusaragi
- Mac - yayoi
- April - uzuki
- Mei - satsuki
- Jun - mina tsuki atau mina zuki, iaitu bulan tiada air
- Julai - fumi zuki, iaitu bulan buku
- Ogos - ha zuki, iaitu bulan daun
- September - naga tsuki, iaitu bulan panjang
- Oktober - kan'na zuki atau kamina zuki, iaitu bulan tiada dewa; kamiari zuki, iaitu bulan dewa, hanya di Provinsi Izumo yang mempercayai bahawa semua dewa berkumpul pada bulan ini untuk mesyuarat tahunan mereka di Tempat Keramat Izumo.
- November - shimo tsuki, atau bulan fros
- Disember - shiwasu, ialah bulan guru sibuk; bulan ini dinamai sedemikan kerana para guru juga sibuk pada akhir tahun.
[Sunting] Nama hari dalam sebulan
Setiap hari dalam bulan mempunyai nama separa sistematik yang mempunyai bentuk yang tidak tetap:
1 | 一日 | tsuitachi | 2 | 二日 | futsuka |
3 | 三日 | mikka | 4 | 四日 | yokka |
5 | 五日 | itsuka | 6 | å…æ—¥ | muika |
7 | 七日 | nanoka | 8 | å…«æ—¥ | yÅka |
9 | ä¹æ—¥ | kokonoka | 10 | åæ—¥ | tÅka |
11 | å一日 | jÅ«ichinichi | 12 | å二日 | jÅ«ninichi |
13 | å三日 | jÅ«sannichi | 14 | å四日 | jÅ«yokka |
15 | å五日 | jÅ«gonichi | 16 | åå…æ—¥ | jÅ«rokunichi |
17 | å七日 | jÅ«shichinichi | 18 | åå…«æ—¥ | jÅ«hachinichi |
19 | åä¹æ—¥ | jÅ«kunichi | 20 | 二åæ—¥ | hatsuka (selalunya, nijÅ«nichi) |
21 | 二å一日 | nijÅ«ichinichi | |||
22 | 二å二日 | nijÅ«ninichi | 23 | 二å三日 | nijÅ«sannichi |
24 | 二å四日 | nijÅ«yokka | 25 | 二å五日 | nijÅ«gonichi |
26 | 二åå…æ—¥ | nijÅ«rokunichi | 27 | 二å七日 | nijÅ«shichinichi |
28 | 二åå…«æ—¥ | nijÅ«hachinichi | 29 | 二åä¹æ—¥ | nijÅ«kunichi |
30 | 三åæ—¥ | sanjÅ«nichi | 31 | 三å一日 | sanjÅ«ichinichi |
Dalam takwim tradisional, hari ketiga puluh merupakan hari terakhir bulan, dan nama tradisionalnya, iaitu misoka, masih wujud (walaupun sanjunichi lebih biasa digunakan, dan merupakan istilah biasa). Hari terakhir untuk tahun ialah Åmisoka (hari ketiga puluh yang besar), dan kekata itu masih digunakan hingga kini.
[Sunting] Nama hari dalam seminggu
月曜日 | getsuyÅbi | bulan | Isnin |
ç«æ›œæ—¥ | kayÅbi | api | Selasa |
水曜日 | suiyÅbi | air | Rabu |
木曜日 | mokuyÅbi | kayu | Khamis |
金曜日 | kinyÅbi | emas | Jumaat |
土曜日 | doyÅbi | tanah | Sabtu |
日曜日 | nichiyÅbi | matahari | Ahad |
[Sunting] Hari-hari cuti
Nota: Hari yang berada di pertengahan dua hari cuti umum dijadikan hari cuti dan dipanggil "Cuti Bank". Hari berkenaan jatuh pada 4 Mei, dan merupakan hari cuti umum pada setiap tahun. Apabila hari cuti jatuh pada hari Ahad, hari yang berikutnya juga menjadi hari cuti.
Tarikh | Name Melayu | Name tempatan | Penjelasan |
---|---|---|---|
1 Januari | Tahun Baru | 元日 | |
(Tidak tetap) Isnin | Hari menjadi Dewasa | æˆäººã®æ—¥ | Hari Isnin kedua dalam bulan Januari |
11 Februari | Hari Penubuhan Negara | 建国記念日 | |
20 Mac atau 21 Mac | Hari Ekuinoks Musim Bunga | 春分ã®æ—¥ | |
29 April | Hari Kehijauan | ã¿ã©ã‚Šã®æ—¥ | Minggu Emas |
3 Mei | Hari Peringatan Perlembagaan | 憲法記念日 | |
4 Mei | Hari Cuti Kebangsaan | ||
5 Mei | Hari Kanak-Kanak | åä¾›ã®æ—¥ | |
(Tidak tetap) Isnin | Hari Laut | æµ·ã®æ—¥ | Hari Isnin ketiga dalam bulan Julai |
(Tidak tetap) Isnin | Hari Menghormati Warga Tua | 敬è€ã®æ—¥ | Hari Isnin ketiga dalam bulan September |
23 September atau 24 | Hari Ekuinoks Musim Luruh | 秋分ã®æ—¥ | |
(Tidak tetap) Isnin | Hari Kesihatan-Sukan | 体育ã®æ—¥ | Hari Isnin kedua dalam bulan Oktober |
3 November | Hari Budaya | 文化ã®æ—¥ | |
23 November | Hari Kesyukuran Buruh | 勤労感è¬ã®æ—¥ | |
23 Disember | Hari Keputeraan Maharaja | 天皇誕生日 |
[Sunting] Perayaan bermusim
Yang berikut dikenali sebagai lima perayaan bermusim (sekku 節å¥)
- 1 Januari - Tahun Baru Jepun
- 7 Januari - Jinjutsu, Nanakusa-no-sekku
- 3 Mac - JÅshi
- 5 Mei - Tango/Tango no Sekku: Hari Kanak-Kanak (pada asalnya adalah Hari Kanak-Kanak Lelaki, dan untuk kanak-kanak perempuan adalah Hinamatsuri)
- 7 Julai - Shichiseki/Tanabata
- 9 September - ChÅyÅ
- 31 Disember - Petang Tahun Baru
[Sunting] RokuyÅ
RokuyÅ merupakan siri enam hari yang digunakan untuk menelah kebaikan atau keburukkan sesuatu hari. Ia masih terdapat di kalendar Jepun dan sering digunakan untuk merancang tarikh upacara perkahwinan dan pengebumian. RokuyÅ yang juga dikenali sebagai rokki adalah seperti yang berikut (menurut aturan):
- senshÅ - Mendapat tuah sebelum tengah hari, bernasib buruk selepas tengah hari
- tomobiki - Perkara yang tidak baik akan berlaku pada kawan anda. Upacara pengebumian harus dielakkan.
- senbu - Bernasib buruk sebelum tengah gari, mendapat tuah selepas tengah gari
- butsumetsu - Hari yang buruk. Upacara perkahwinan harus dielakkan.
- taian - Hari penuh tuah yang merupakan hari yang baik untuk upacara perkahwinan.
- shakkÅ - Waktu 11 pagi hingga 1 petang membawa tuah. Selepas waktu itu, nasib tidak begitu baik.
[Sunting] Lihat juga
- Kalendar
- Nama era Jepun
- Kalendar Cina