Kolej Melayu Kuala Kangsar
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali sebagai Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah didalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, dimana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.
[Sunting] Infrastruktur
Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5 (dan juga tingkatan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.
Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibina. Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.
Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.
[Sunting] Lagu Sekolah
Oh Kolej Melayu
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah Yang Cemerlang
Harumlah Namamu
Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara
Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh Kolej Melayu
[Sunting] Sukan
Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.
Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.
Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.
[Sunting] Alumni
Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) (Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar), ditubuhkan pada tahun 1929.
Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti
- Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Yang dipertuan Agung ke 11
- Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Sultan Selangor ke
- Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Pahang
- Sultan Azlan Shah Sultan Perak
- Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
- Dato' Onn Jaafar
- Tun Abdul Razak Dato' Hussein- bekas Perdana Menteri
- Dato Abdul Wahab -Dato Panglima Bukit Gantang dan bekas Menteri Besar [Perak]]
- Tan Sri Khalil Yaakob - Yang Dipertua Negeri of Melaka ke 6. Bekas Menteri Penerangan
- Tun Aziz bin Abdul Majid - Bekas Gabenor Melaka
- Dato Haji Kamaruddin bin Haji Idris
- Raja Sir Tun Uda - Bekas Gabenor Pulau Pinang
- Hishamuddin Rais- Aktivis Sosial
- Tan Sri Azmi Kamaruddin - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi
- Tun Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara
- Dato' Seri Anwar Ibrahim- bekas Timbalan Perdana Menteri. Sekarang Penasihat Parti Keadilan Rakyat
- Datuk Seri Nazri Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Dato' Shahrir Abdul Samad-Ahli Parlimen Johor Bahru
- Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - ADUN Senggarang
- Tan Sri Sanusi Junid- Bekas Menteri Besar Kedah. Sekarang presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
- Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia
- Tan Sri Musa Mohamad
- Dato Seri Hishamudin Hussain - Menteri Pelajaran
- Dato Seri Effendi Norwawi
- Tan Sri Razali Ismail - Ahli Korporat
- Tan Sri Hassan Merican - CEO Petronas
- Tan Sri Saleh Sulong - Ahli Korporat
- Tan Sri Halim Saad - Ahli Korporat
- Dato' Azman bin Hj. Mokhtar- MD Khazanah Berhad
- Dato' Abdul Wahid Omar- CEO Telekom Malaysia Berhad
[Sunting] Tradisi
Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.
Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.
[Sunting] Senarai Pengetua
- 1905—1918: William Hargreaves
- 1918—1919: J.O. May
- 1919—1923: L.A.S. Jermyn
- 1923—1938: C. Bazell
- 1938—1949: H.R. Carey
- 1949—1953: K.D. Luke
- 1953—1958: J.D.R. Howell
- 1958—1959: P.G. Haig
- 1959—1965: N.J. Ryan
- 1965—1969: Abdul Aziz Ismail
- 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
- 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
- 1973—1975: Nordin Nasir
- 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
- 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
- 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
- 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
- 1988—1992: Rashdi Ramlan
- 1992—1995: Hj. Hassan Hashim
- 1995—1999: Hj. Baharom Kamari
- 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
- 2004—kini: Mohd. Rauhi Mohd. Isa
[Sunting] Pautan luar
- malaycollege.com Laman Komiti Sambutan Ulangtahun 100 Tahun, 26 Mac 2005.
- ODP - Kuala Kangsar Alumni category Senarai Laman Web Alumni di Open Directory Project.
- [1] Laman Web Sejarah ringkas Kolej Melayu Kuala Kangsar.
- [2] Laman Web Persatuan Guru Kolej Melayu Kuala Kangsar.