Negeri Perak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
-
Untuk kegunaan yang lain, sila lihat: Perak.
Negeri-negeri di Malaysia |
|||||
ڨيرق دار الرّضوان Perak Darul Ridzuan |
|||||
|
|||||
Lagu negeri: Allah Lanjutkan Usia Sultan | |||||
Ibu negeri | Ipoh | ||||
---|---|---|---|---|---|
Bandar diraja | Kuala Kangsar | ||||
Parti memerintah | Barisan Nasional | ||||
- Sultan | Sultan Azlan Shah | ||||
- Menteri Besar | Tajol Rosli Mohd Ghazali | ||||
History | |||||
- Pangkor treaty | 1874 | ||||
- Federated into FMS | 1895 | ||||
- Japanese occupation | 1942 | ||||
- Accession into Federation of Malaya | 1948 | ||||
Keluasan | |||||
- Jumlah | 21,006 km² | ||||
Populasi | |||||
- Anggaran 2005 | 2,200,000 | ||||
- Kepadatan | 104.7/km² | ||||
Kod panggilan kebangsaan | 05 | ||||
Poskod kebangsaan | 30xxx to 36xxx 39xxx |
||||
Huruf pertama plat kenderaan | A | ||||
Laman web: | http://www.perak.gov.my |
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).
- Sudah tersohor dilipatan sejarah
Maharajalela diberi gelaran
Pahlawan gagah menentang penjajah
Di negeri Perak Darul Ridzwan
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Negeri Perak atau Geografi Perak
Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 9 jajahan yang dipanggil sebagai daerah:
- Batang Padang
- Kinta
- Kuala Kangsar
- Larut, Matang dan Selama
- Kerian
- Manjung
- Hilir Perak
- Perak Tengah
- Hulu Perak
Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sitiawan dan Teluk Intan.
Negeri | Luas (km2) | Jumlah Penduduk |
Batang Padang | 2,730 | 152,137 |
Hilir Perak | 1,727 | 191,098 |
Hulu Perak | 6,558 | 82,195 |
Kerian | 938 | 52,651 |
Kinta | 1,958 | 751,825 |
Kuala Kangsar | 2,541 | 154,048 |
Larut, Matang | 2,103 | 273,321 |
Manjung | 1,168 | 191,004 |
Perak Tengah | 1,282 | 82,103 |
{{{J2}}} | {{{J3}}} | |
{{{K2}}} | {{{K3}}} | |
{{{L2}}} | {{{L31}}} | |
Jumlah | 21,005 | 1,930,382 |
[Sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak
Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.
Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.
Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan (seorang perampas) dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.
Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.
Negeri Perak menderita apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.
[Sunting] Kerajaan
Sultan Negeri Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
[Sunting] Ekonomi dan kebudayaan
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri Perak
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Negeri Perak
Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan perindustrian dan pengilangan.
[Sunting] Lihat juga
- Masjid di Perak
- Pentadbiran Agama Islam di Perak
- Pelancongan di Negeri Perak
- Pengangkutan di Negeri Perak
- Senarai Residen British di Perak
- Identiti Perak
[Sunting] Pautan luar
- Koleksi peta-peta Perak
- http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/perak.htm
- Penyokong @ Peminat Bolasepak Perak
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | ||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |