Pasir Mas
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jajahan Pasir Mas merupakan salah sebuah daerah daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam Negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Ia bersempadanan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah Barat dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 Peratus keluasan Negeri Kelantan adalah keluasan Jajahan Pasir Mas atau 57,800 hektar.
Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.
[Sunting] Projek DiRaja
Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi adalah hasil dari ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang di lancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001
Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri dari tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.
Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tatatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri dari tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.
Seramai 8 peserta telah diambil dariapda mereka yang terdiri dari golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kemeterian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.
Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama disamping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.
Kelantan Darul Naim | ||
---|---|---|
Jajahan: Kota Bharu | Pasir Mas | Tumpat | Pasir Puteh | Bachok | Kuala Krai | Machang | Tanah Merah | Jeli | Gua Musang | ||
Bandar: Bachok | Dabong | Gua Musang | Jeli | Kota Bharu | Kuala Krai | Machang | Pasir Mas | Pasir Puteh | Pengkalan Chepa | Pengkalan Kubur | Perupok | Rantau Panjang | Tanah Merah | Tumpat |