Pengkalan Kubur
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pengkalan Kubur ialah sebuah bandar sempadan Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand di negeri Kelantan. Bersempadan dengan Tak Bai, ia mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini.
Pengkalan Kubur mempunyai pos pemeriksaan Imigresen yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara Malaysia dan Thailand. Di siang hari, perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Tak Bai dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubur ke Kota Bharu melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. [1]
Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor Kompleks Imigresen 16080 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan Telephone: 09-7211300 Fax: 09-7211218
Kelantan Darul Naim | ||
---|---|---|
Jajahan: Kota Bharu | Pasir Mas | Tumpat | Pasir Puteh | Bachok | Kuala Krai | Machang | Tanah Merah | Jeli | Gua Musang | ||
Bandar: Bachok | Dabong | Gua Musang | Jeli | Kota Bharu | Kuala Krai | Machang | Pasir Mas | Pasir Puteh | Pengkalan Chepa | Pengkalan Kubur | Perupok | Rantau Panjang | Tanah Merah | Tumpat |