Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Web Analytics
Cookie Policy Terms and Conditions KTM Komuter - Wikipedia

KTM Komuter

Dari Wikipedia bahasa Melayu

SISTEM TRANSIT BERSEPADU KUALA LUMPUR

SENTUL-PELABUHAN KLANG
RAWANG-SEREMBAN
Syarikat induk Keretapi Tanah Melayu Berhad
Perkhidmatan Rel pengantara
Tren KTM Komuter Class 81
KTM Komuter Class 82
KTM Komuter Class 83
Bil. tren 60
Stesen perhentian 42
Tarikh beroperasi 3 Ogos 1995
Waktu operasi
Laman sawang www.ktmb.com.my

KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan baru yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Komuter kini bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban dan dari Sentul ke Pelabuhan Kelang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari.

Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya India. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem pengangkutan awam yang cukup istimewa di Malaysia.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Latarbelakang

Keretapi Tanah Melayu Berhad melaksanakan projek komuter bermula dengan hanya empat tren. Jumlah tren itu kemudiannya ditambah secara beransur-ansur sehinggakan pada 2006, KTMB mempunyai 62 tren setiap satu membawa tiga gerabak yang dibekalkan tiga negara utama iaitu Korea Selatan, Austria dan Afrika Selatan.

Kereta api Komuter beroperasi pada kelajuan 120 kilometer sejam merentasi bandar raya Kuala Lumpur setiap 15 minit pada masa sibuk dan di antara 20 hingga 30 minit sewaktu kurang sibuk. Perkhidmatan komuter yang cemerlang memastikan para penumpang dapat sampai ke destinasi tepat pada masanya pada kadar tambang yang murah. Populariti komuter dapat dilihat daripada jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu yang mencapai 98 peratus setiap hari, manakala pada masa sibuk kadar ini mencapai hingga 100 peratus.

[Sunting] Butiran

Imej:KTMKomuter-Spesifikasi002.gif
Model:
Nombor unit:
Pengeluar:
Bilangan kereta api:
Bilangan gerabak:


Dimensi:
• Panjang
• Lebar
• Tinggi
Berat:
Sistem elektrik/voltan:
Daya pemecutan:
Kelajuan maksimum:
Kelajuan maksimum komersil:
Bilangan penumpang:

Imej:KTMKomuter-Spesifikasi002A.gif
KTM Komuter Class 81
EMU 1 - EMU 18
Jenbacher Transport System
18
3
2 gerabak penarik
1 gerabak pengikut

68700 mm

3650 mm
121 metrik tan
25 kV / 60 Hz

160 km/j
120 km/j
244 duduk / 200 berdiri

Imej:KTMKomuter-Spesifikasi002B.gif
KTM Komuter Class 82
EMU 41 - EMU 62
Union Carriage Wagon
22
3
2 gerabak penarik
1 gerabak pengikut

69320 mm

3752 mm
130 metrik tan
25 kV / 60 Hz

160 km/j
120 km/j
212 duduk / 238 berdiri

Imej:KTMKomuter-Spesifikasi002C.gif
KTM Komuter Class 83
EMU 19 - EMU 40*
Hyundai Corporation
20
3
2 gerabak penarik
1 gerabak pengikut

68700 mm

3800 mm
123 metrik tan
25 kV / 60 Hz

160 km/j
120 km/j
216 duduk / 190 berdiri

[Sunting] Perkhidmatan KTM Komuter

SISTEM TRANSIT BERSEPADU KUALA LUMPUR

SENTUL-PELABUHAN KLANG
Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.
RAWANG-SEREMBAN
Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.
ALIRAN AMPANG
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
ALIRAN SRI PETALING
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
ALIRAN KELANA JAYA
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
KL SENTRAL-TITIWANGSA
Perkhidmatan monorel KL Monorail.
KL SENTRAL-KLIA (EKSPRES)
Perkhidmatan rel laju ekspres KLIA Ekspres.
KL SENTRAL-KLIA (TRANSIT)
Perkhidmatan rel laju pengantara KLIA Transit.

Pertukaran antara kedua-dua aliran tersebut boleh dilakukan di stesen sentral Kuala Lumpur, stesen keretapi lama Kuala Lumpur dan stesen Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu menaiki tangga atau eskalator untuk ke platform, manakala di stesen lama pertukaran boleh dibuat di platform yang sama.

KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah ke pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, stesen Mid Valley popular kerana dibina berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Subang Jaya pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di bandar tersebut.

Penumpang yang hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ada pilihan untuk menaiki KTM Komuter ke stesen Nilai dan seterusnya menumpang bas pengantara ke lapangan terbang tersebut pada tambang RM2.50 bagi satu perjalanan.

Tiket komuter boleh dibeli di kaunter atau mesin menjual tikat yang disediakan di semua stesen.

[Sunting] Keselamatan

Kereta api Komuter digerakkan menggunakan kuasa elektrik dari pusatnya di Kuala Lumpur. Selain itu, pihak KTMB telah menyediakan empat buah stesen tambahan di Subang, Rawang, Salak Selatan dan Batang Benar bagi memberikan kuasa alternatif jika sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Bekalan elektrik ini akan disambungkan serta merta ke tempat yang diperlukan dan komuter akan terus bergerak seperti biasa. Sungguhpun komuter mungkin bergerak perlahan pada permulaannya, tetapi ia tidak akan menjejaskan penumpang.

Dari segi keselamatan, komuter dilengkapi sistem keselamatan yang canggih. Jika berlaku kerosakan kepada sistem aliran kuasanya, umpamanya wayar terputus, ia tidak akan menyebabkan kemalangan atau bahaya kejutan elektrik kerana aliran kuasa akan mati secara automatik. Oleh itu, pengguna atau penduduk yang tinggal berhampiran landasan, tidak perlu khuatir terhadap keselamatan mereka.

KTMB turut mengadakan aktiviti bagi memberikan keseronokan kepada penumpang kecil. Biasanya pada masa cuti tertentu KTMB mengadakan kegiatan melukis atau seumpamanya. Selain untuk tujuan promosi, ia juga bertujuan memberikan keceriaan kepada penumpang kecil itu serta keluarga mereka.

[Sunting] Sistem perantara

KTMB turut menyediakan perhentian khas untuk bas perantara ke stesen tertentu, seperti di Bandar Tasik Selatan, Serdang, Subang Jaya dan Nilai. Bas yang datang dari beberapa daerah berdekatan akan membawa penumpang ke perhentian berkenaan. Ini memudahkan penumpang dari kawasan tertentu sampai ke stesen komuter dan ke tempat kerja awal. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke stesen komuter pula mereka boleh menggunakan khidmat tempat letak kereta yang disediakan KTMB dengan bayaran hanya 50 sen sekali masuk.

Bagi mereka yang suka mengisi masa lapang dengan bersiar-siar KTMB menyediakan tiket khas sekeluarga diberi nama 'joy ride' dan 'tiket mana-mana'. Dengan menggunakan tiket 'joy ride' keluarga boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan potongan khas. Manakala 'tiket mana-mana' pula diberikan kepada sesiapa yang ingin melawat destinasi yang dilalui komuter dengan bayaran RM5 bagi seorang dewasa untuk ke mana-mana destinasi yang dipilih.

[Sunting] Bayaran tambang

Pada 2006, para penumpang hanya perlu membayar sembilan sen sekilometer bagi setiap 45 kilometer pertama, manakala bagi 45 kilometer berikutnya penumpang hanya perlu membayar enam sen setiap kilometer. Umpamanya bagi penumpang yang menaiki komuter dari Subang ke stesen Kuala Lumpur hanya perlu membayar RM1.40 sen, manakala tambang dari Kuala Lumpur ke stesen Nilai, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ialah RM7. Manakala tambang untuk kanak-kanak antara empat dan 12 tahun ialah 50 peratus tambang orang dewasa. Nilai tambang ini dianggap antara yang termurah di dunia.

Selain itu, bagi mereka yang kerap menggunakan komuter untuk ke tempat kerja dan sebagainya, KTMB menyediakan bonus khas. Bermula pada Februari 1998 lalu, KTMB memperkenalkan tiket perjalanan berganda atau multiple trip tickets. Dengan menggunakan sistem ini penumpang boleh membeli tiket 12 perjalanan atau 24 perjalanan dan menerima potongan sebanyak 20 peratus atau lebih.

[Sunting] Pendapatan

Pada Ogos 1995 KTM Komuter melaporkan perolehan sebanyak RM320,000, manakala pada Disember 1997, iaitu jangka masa kurang daripada satu setengah tahun pendapatan yang dilaporkan meningkat kepada RM4.37 juta. Pendapatan tertinggi dicatat ialah pada September 1998, iaitu sepanjang Sukan Komanwel XVI iaitu melebihi RM6 juta.

[Sunting] Perancangan masa hadapan

Kereta api komuter.

Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, KTMB merancang bagi memperluaskan laluan dengan menambah beberapa laluan baru bagi memenuhi keperluan penduduk dan pelancong. Dalam masa terdekat, KTMB akan menumpukan masa untuk membina laluan khas dari stesen Kuala Lumpur ke Batu Cave sejauh tujuh kilometer. Jalan ini akan melalui kawasan sesak di utara Kuala Lumpur dan kawasan perumahan berhampiran Batu Cave. Namun matlamat utama lalun ini ialah untuk kemudahan pelancong yang sering bertumpu ke kawasan berkenaan terutama ketika Taipusam.

KTMB juga merancang mengadakan kereta api ekspres dari Kuala Lumpur ke Seremban khas untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan cepat ke kedua-dua hala melalui kawasan Nilai yang pesat membangun. Satu lagi projek yang akan dijalankan segera ialah membina landasan kembar yang menyambungkan Rawang ke Ipoh. Jalan sejauh 200 kilometer ini akan memberikan kesempatan bagi mereka yang sering berulang-alik.

Dengan adanya landasan baru ini masa perjalanan boleh dipendekkan di samping memberi keselesaan kepada penumpang. Melihatkan kejayaan dan kemajuan yang telah ditunjukkan sistem komuter, ia benar-benar menjadi suatu sistem pengangkutan moden paling berkesan di negara ini dan telah menepati motonya iaitu: "Pantas Merentas Masa".

[Sunting] Rujukan

  1. Buletin Rasmi KTM Komuter (08/2006). Rentas Edisi Ogos 2006. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  2. Buletin Rasmi KTM Komuter (06/2006). Rentas Edisi Jun 2006. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  3. Buletin Rasmi KTM Komuter (01/2006). Rentas Edisi Januari 2006. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  4. Buletin Rasmi KTM Komuter (09/2005). Rentas Edisi Khas September 2005. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  • Rujukan digital
  1. (Bahasa Inggeris) - www.ktmb.com.my 29 Mac 2007

[Sunting] Pautan luar


Bahasa lain
Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu