Subang Jaya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang. Bandar ini berdekatan dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 55,000 orang.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Subang Jaya diusahakan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
Pada 1997, Subang Jaya dianugerahkan status bandar munisipal (municipality), yang mana pihak berkuasa tempatan dipindahkan daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MPSJ bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling.
[Sunting] Prasarana
Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan secara baiknya. Dalam perbandaran ini terdapat banyak sekolah, kolej, hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya), tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ, Summit Subang USJ dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk Subang Jaya.
Subang Jaya dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Subang Jaya juga dihubungkan KTM Komuter. Oleh sebab capaian yang tinggi, kemudahan yang cukup dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan harga naik berganda di beberapa tempat.
Suabng Jaya dikenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's, Kolej Inti, Kolej Metropolitan serta Kolej Universiti Sunway yang terletak 15km dari Subang Jaya. Ini merupakan punca utama perumahan di kawasan itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.
[Sunting] Perkembangan Semasa
Antara perkembangan prasarana terkini ialah pembinaan flyover Hubungan Subang-Kelana Jaya yang menghubungkan Bulatan Kewajipan di Lebuhraya Pantai Baru dengan Lebuhraya Lapangan Terbang Subang di Lebuhraya Persekutuan.
[Sunting] Ribut 2006
Pada 10 Mac 2006 satu ribut hujan batu seakan-akan taufan melanda di Subang Jaya. Ini merupakan bencana ribut terburuk pernah dialami oleh penduduk kawasan tersebut, terutamanya SS13, SS14, SS15 dan SS17 yang teruk terjejas.
[Sunting] Pautan Luar
Daerah | Gombak • Hulu Langat • Hulu Selangor • Klang • Kuala Langat • Kuala Selangor • Sabak Bernam • Sepang • Petaling | |
---|---|---|
Bandar Raya | Petaling Jaya • Shah Alam | |
Bandar | Ampang • Bagan Lalang • Bagan Nakhoda Omar • Balakong • Bandar Kinrara • Bandar Baru Selayang • Bandar Botanic • Bandar Bukit Tinggi • Bandar Country Homes • Bandar Sri Damansara • Bandar Sungai Buaya • Bandar Sungai Long • Bandar Sunway • Bandar Utama • Bangi • Banting • Batang Berjuntai • Batang Kali • Batu Arang • Beranang • Bernam Jaya • Broga • Bukit Beruntung • Bukit Jelutong • Bukit Raja • Bukit Rimau • Bukit Rotan • Bukit Subang • Bukit Tagar • Cheras • Cyberjaya • Damansara Jaya • Damansara Perdana • Damansara Utama • Dengkil • Dusun Tua • FELDA Soeharto • Ijok • Jenjarom • Jeram • Jugra • Kajang • Kapar • Kalumpang • Kelana Jaya • Kerling • Klang • Kota Damansara • Kota Kemuning • Kuala Kubu Bharu • Kuala Selangor • Kuang • Lembah Beringin • Morib • Meru • Padang Jawa • Paya Jaras • Port Klang • Puchong • Puncak Alam • Rasa • Rawang • Sabak • Salak Tinggi • Sekinchan • Semenyih • Serendah • Seri Kembangan • Sepang • Setia Alam • Sijangkang • Subang • Subang Jaya • Sungai Buloh • Sungai Besar • Sungai Burong • Sungai Panjang • Sungai Pelek • Tanjung Harapan • Tanjung Karang • Tanjung Sepat • Teluk Datok • Teluk Panglima Garang • UEP Subang Jaya • Ulu Klang • Ulu Yam | |
Pulau | Pulau Carey • Pulau Indah • Pulau Ketam • Pulau Klang |