Le Tour de Langkawi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis bermaksud "Melancong ke Langkawi") merupakan acara lumba basikal tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia. Nama ini dipilih kerana perlumbaan ini bermula di pulau Langkawi, Kedah. Lumba basikal ini melibatkan beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia dan merupakan sebahagian daripada UCI Asia Tour.
Le Tour de Langkawi ini merupakan sebahagian daripada acara memanaskan badan bagi para pelumba profesional sebelum kembali berlumba di benua Eropah.
[Sunting] Sejarah
Perlumbaan ini diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pertama kali diadakan pada tahun 1996 dengan 12 peringkat. Namun mulai 2002, ia dikurangkan kepada 10 atas permintaan UCI. Pencapaian para pelumba basikal di acara ini tidak diambil kira dalam ranking dunia.