Langkawi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lokasi
Gugusan Pulau Langkawi terletak di sebelah barat negeri Kedah dan Perlis , Semenanjung Malaysia . Pulau Langkawi di perairan Selat Melaka, betul-betul berhampiran dengan mulut Selat Melaka, Laut Andaman di sebelah Barat Laut dan Lautan Hindi di sebelah Barat. Di seberang pulau Langkawi ialah pulau Sumatra di Indonesia.
[Sunting] Gugusan Pulau Langkawi
Langkawi umpama mutiara yang baru dijumpai oleh kerajaan Malaysia . Terdapat 104 pulau dalam gugusan pulau Langkawi, satu pembentukan dari hanyutan benua yang membentuk Asia Tenggara. Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 890m di atas aras laut.
Antara pulau-pulau di dalam gugusan kepulauan ini ialah:
- Pulau Dayang Bunting
- Pulau Singa Besar
- Pulau Tuba
- Pulau Langgun
- Pulau Timun
[Sunting] Cara ke sana
[Sunting] Jalan raya
Dari Kuala Lumpur , anda boleh berkereta melalui Lebuh raya Utara Selatan sehingga sampai ke susur keluar Gurun, Kedah dan menuju ke Kuala Perlis. Dari jeti Kuala Perlis, tambangnya adalah RM15.00 untuk feri ke Pulau Langkawi.
[Sunting] Feri
Selain feri dari Kuala Perlis, feri-feri dari Kuala Kedah dan Pulau Pinang juga ada disediakan. Star Cruise Pulau Pinang ada menyediakan pakej lengkap ke Langkawi.Selain itu,perkhidmatan feri juga disediakan untuk berhubung dengan negara Thailand melalui Langkawi dan Satun.
[Sunting] Pesawat
Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi.
- AirAsia (Kuala Lumpur)
- Thai AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)[1]
- Penerbangan Malaysia (Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura)
- Singapore Airlines
- SilkAir (Singapura)
[Sunting] Hasil Hanyutan Benua
Pulau ini tercipta 500 juta tahun, iaitu pada zaman Cambrian. Pada zaman itu, sebuah benua besar bernama Gondwana yang terletak di Kutub Selatan, berpecah menjadi cebisan tanah yang kecil kini boleh dijumpai di empat tempat di bumi, iaitu Afrika, Australia, India, dan Langkawi. Banjaran Gondwana terletak di barat daya Langkawi. Pembentukan batu Gondwana yang menakjubkan menunjak tinggi berdekatan Tanjung Batu, berdirinya gunung-ganang Mat Chinchang yang meliputi sebahagian daripada Banjaran Gondwana.
[Sunting] Sejarah
- Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
- Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
- 1621 Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis , menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
- Tun Dr Mahathir Mohamad , bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu beliau ingin merubah Sumpah Mahsuri 7 keturunan menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia .
[Sunting] Wakil Rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;
- Kawasan Parlimen P4 Langkawi (27,980)
- Bilangan pengundi Melayu : 89.87% Cina : 7.19% India: 2.64% Lain: 0.29%
Calon | Parti | Undi |
---|---|---|
Datuk Noorshuhaidi hashim(Penyandang) | Barisan Nasional(UMNO) | 16,510 |
Norhayati marzuki | PAS | 5,738 |
-
- Dalam keputusan pilihan raya 1999 , dimenangi oleh : Datuk noorshuhaidi hashim Barisan Nasional ) dengan majoriti 6,547
- Datuk noorshuhaidi hashim Barisan Nasional - UMNO ) Jumlah Undi: 16,510 . Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004
- Majoriti-diperolehi : 10,772 , Jumlah Undi : 22,808, Undi Rosak : 560 , % Mengundi : 81.64%
[Sunting] Banyak mitos dan legenda
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah :
- Gergasi Bertarung
- Pulau Dayang Bunting
- Mahsuri
- Puteri Dayang Sari
- Telani dan Telanai
- Geroda dan Jentayu
- Telaga Tujuh.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
Kedah Darul Aman | ||
---|---|---|
Daerah: Baling | Bandar Baharu | Kota Setar | Kuala Muda | Kubang Pasu | Kulim | Langkawi | Padang Terap | Pendang | Sik | Yan | ||
Bandar raya: Alor Star | ||
Bandar: Anak Bukit | Baling | Bandar Baharu | Bedong | Bukit Kayu Hitam | Changlun | Guar Chempedak | Gurun | Jeniang | Jitra | Kodiang | Kota Sarang Semut | Kuah | Kuala Kedah | Kuala Nerang | Kulim | Langgar | Lunas | Merbok | Padang Matsirat | Pendang | Pokok Sena | Sik | Sintok | Sungai Petani | Tokai | Yan | ||
Pulau: Pulau Langkawi | Pulau Payar |