Majlis Bandaraya Shah Alam
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditubuhkan pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Sebelum ini, MBSA dikenali sebagai "Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA)". Bagaimanapun pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.
Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988, kakitangan MBSA berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai "Wisma MBSA".
Bangunan berharga RM141 juta ini menempatkan keseluruhan jabatan MBSA. Ruang Wisma juga disewakan kepada jabatan kerajaan dan sektor swasta.
[Sunting] Maklumat Ringkas
MBSA adalah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di bandaraya Shah Alam.