Masjid Tanah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Masjid Tanah merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Alor Gajah iaitu terletak di utara Bandar Melaka.
Namanya mendapat nama sempena masjid yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal, Pekan Masjid Tanah dipanggil 'simpang' merujuk kepada pekan asalnya yang mempunyai 3 simpang. Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. buat masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di Pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini.
![]() |
|
![]() |
Daerah: Alor Gajah | Melaka Tengah | Jasin | ||
Bandar raya: Bandar Melaka | ||
Bandar: Alor Gajah | Ayer Keroh | Batu Berendam | Bukit Katil | Durian Tunggal | Jasin | Klebang | Kuala Sungai Baru | Lendu | Lubuk China | Masjid Tanah | Merlimau | Nyalas | Ramuan China | Selandar | Serkam | Sungai Rambai | Sungai Udang | Tanjung Bidara | Tanjung Kling | Tanjung Tuan | Umbai | ||
Pulau: Pulau Besar | Pulau Melaka |