Alor Gajah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, 24 km dari Bandar Melaka.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.
Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.
Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna.
Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.
[Sunting] Penduduk
[Sunting] Mengikut tahun:
- 1980 : 113,083 orang
- 1991 : 116,653 orang
- 2000 : 132,317 orang
[Sunting] Mengikut jantina:
- Lelaki : 65,074
- Perempuan : 67,243
[Sunting] Mengikut kaum:
- Melayu : 95,451
- Bumiputra lain : 902
- Cina : 20,758
- India : 11,389
- Lain-lain : 215
- Bukan Warganegara : 3,602
[Sunting] Mukim-mukim Alor Gajah
Alor Gajah mempunyai keluasan 67,440 hektar. Keluasan mukim-mukim dalam daerah ini adalah seperti berikut:
No. | Mukim-mukim | Keluasan (hektar) |
---|---|---|
1. | Lendu | 2,717 |
2. | Masjid Tanah | 1,956 |
3. | Ramuan Cina Kecil | 1,329 |
4. | Sungai Baru Tengah | 2,181 |
5. | Kuala Sungai Baru | 1,109 |
6. | Sungai Baru Ilir | 3,914 |
7. | Berisu | 2,067 |
8. | Tanjung Rimau | 521 |
9. | Padang Sebang | 834 |
10. | Belimbing | 366 |
11. | Parit Melana | 632 |
12. | Pegoh | 1,829 |
13. | Kelemak | 1,793 |
14. | Taboh Naning | 3,184 |
15. | Melekek | 1,122 |
16. | Rembia | 1,661 |
17. | Pulau Sebang | 705 |
18. | Tebong | 3,414 |
19. | Kemmunig | 2,552 |
20. | Gadek | 1,485 |
21. | Machap | 7,612 |
22. | Melaka Pindah | 2,432 |
23. | Durian Tunggal | 5,180 |
24. | Sungai Petai | 1,780 |
25. | Sungai Baru Ulu | 3,569 |
26. | Beringin | 384 |
27. | Ayer Paabas | 2,961 |
28. | Sungai Siput | 1,953 |
29. | Ramuan China Besar | 1,938 |
30. | Sungai Buloh | 816 |
31. | Kuala Linggi | 2,444 |
Jumlah | 67,440 |
[Sunting] Bandar-bandar dalam daerah Alor Gajah
- Simpang Empat
- Bandar Ramuan Cina Besar
- Kuala Sungai Baru
- Lubok China
- Bandar Durian Tunggal
- Simpang Gading
- Melaka Pindah
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- http://www.mpag.gov.my - Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah
- http://www.ptag.gov.my - Laman web Pejabat Tanah Alor Gajah
- http://www.geocities.com/CapitolHill/Lobby/9835/non.htm
![]() |
|
![]() |
Daerah: Alor Gajah | Melaka Tengah | Jasin | ||
Bandar raya: Bandar Melaka | ||
Bandar: Alor Gajah | Ayer Keroh | Batu Berendam | Bukit Katil | Durian Tunggal | Jasin | Klebang | Kuala Sungai Baru | Lendu | Lubuk China | Masjid Tanah | Merlimau | Nyalas | Ramuan China | Selandar | Serkam | Sungai Rambai | Sungai Udang | Tanjung Bidara | Tanjung Kling | Tanjung Tuan | Umbai | ||
Pulau: Pulau Besar | Pulau Melaka |