Maximus Johnity Ongkili
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Lahir 26 Oktober 1953), merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau telah dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Pekan Tambunan (1962-1966). Beliau meneruskan persekolahannya di ST. Martin Secondary School, Tambunan (1967-1971). Beliau kemudiannya berpindah ke SMK Keningau pada tahun 1972.
[Sunting] Kerjaya
Y.B. Datuk telah melanjutkan pengajiannya ke La Trobe University, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian pada tahun 1980. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Tutor dan Penyelidik Sambilan di Universiti tersebut. Beliau menamatkan perkhidmatannya setelah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.
Sekembalinya dari luar negara,beliau telah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya bertukar ke Institute of Strategik & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1986). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (1987-1993).
[Sunting] Politik
Beliau memulakan kariernya sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi DUN Langkon pada Pilihan Raya Umum Sabah 1994. Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.
Pada Pilihanraya Umum ke-11, beliau telah bertanding di kerusi Kota Merudu dan berjaya menewaskan pencabarnya Andonnh Pilit @ Anthony Biri Mandiau, seorang calon BEBAS dengan majoriti 3189 undi. Selain itu, beliau juga merupakan ADUN Tandek. Beliau kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penasihat Sains & Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah.
[Sunting] Keluarga
YB. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Joan Maluda sejak tahun 1981. Beliau meminati sukan badminton dan memancing. Selain itu beliau turut cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.