New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Mr. Bean - Wikipedia

Mr. Bean

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Mr. Bean
Genre Komedi
Selang Masa 22-23 minit
Penerbit Rowan Atkinson, Richard Curtis, Ben Elton
Dibintangi Rowan Atkinson
Negara Asal United Kingdom
Penyiar Asal ITV
Tempoh Penyiaran 1990 - 1995
Bilangan Episod 14

Mr. Bean ialah siri komedi televisyen British yang dilakoni oleh Rowan Atkinson. Siri yang mempunyai 14 buah episod ini ditulis oleh Atkinson, Robin Driscoll, Richard Curtis dan Ben Elton. Episod pertama siri ini ditayangkan pada 1 Januari, 1990, dengan episod terakhirnya, "Goodnight, Mr. Bean", ditayangkan pada 31 Oktober, 1995.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Watak-watak

[Sunting] Mr. Bean

Watak ini yang dimainkan oleh Atkinson ialah seorang yang mementingkan dirinya sendiri, kadangkala tidak begitu cerdik, dan si dungu yang disukai masyarakat. Watak ini sentiasa terlibat dalam situasi yang menyeronokkan disebabkan "kepelbagaian" muslihat dan tingkah lakunya. Rancangan ini menumpukan terhadap komedi secara fizikal, bermaksud dialog yang dituturkan amat sedikit. Ia menampilkan Mr. Bean cuba untuk melakukan yang secara normalnya merupakan satu aktiviti mudah. Contohnya; berenang, mengubah suai rumah, ataupun menyediakan masakan malam. Salah satu aksinya yang amat terkenal dan disukai ramai ialah menyumbatkan kepalanya ke dalam ayam belanda. Sitkom popular Amerika Syarikat, "Friends" kemudiannya mengulangi lawak yang sama. Humor yang menyebabkan kita merasa untuk ketawa adalah disebabkan keupayaan menggunakan cara-cara pelik untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak debat tentang Mr. Bean, sama ada beliau ialah seorang manusia luar biasa ataupun beliau seorang makhluk asing. Pada permulaan episod 2 dan seterusnya, Mr. Bean jatuh daripada langit melalui satu cahaya. Dalam filem "Bean: The Ultimate Disaster Movie", Mr. Bean menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dia boleh menggerakkkan telinganya tanpa menggunakan tangannya. Perkara-perkara seperti ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa Mr. Bean ialah spesis makhluk asing.

Walau apa pun, satu perkara adalah pasti: Mr. Bean hidup bersendirian di dalam dunia ini dan kadang kala bersikap kebudak-budakan.

[Sunting] Watak lain

Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddie, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.

Kereta mini Mr. Bean.
Kereta mini Mr. Bean.

Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna kuning dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.

[Sunting] Teori Makhluk Asing

Lagu tema rancangan ini memperlihatkan Mr. Bean jatuh dari langit melalui satu gelung cahaya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Mr. Bean ialah makhluk asing dan ada juga yang mengatakan Mr. Bean seorang pari-pari yang diperturunkan ke Bumi.

Walau bagaimanapun, penerbit rancangan ini mendakwa ini adalah untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang insan biasa yang diberi peluang mencari kemasyhuran.

[Sunting] Muzik

Muzik tema rancangan ini ditulis oleh Howard Goodall dan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Southwark Cathedral. Perkataan yang dinyanyikan adalah dalam Bahasa Latin:

  • Ecce homo qui est faba – "Lihatlah si insan dungu" (dinyanyikan pada permulaan)
  • Finis partis primae – "Tamat bahagian pertama" (dinyanyikan sebelum iklan)
  • Pars secunda – "Bahagian Kedua" (dinyanyikan selepas iklan)
  • Vale homo qui es faba – "Selamat tinggal, insan dungu" (dinyanyikan pada akhir rancangan)

[Sunting] Panduan episod


Mr. Bean dalam Back to School Mr. Bean.
Mr. Bean dalam Back to School Mr. Bean.
  • Mr. Bean: Episod ini mengandungi tiga aksi berbeza. Pertama sekali, Bean pergi ke universiti untuk mengambil ujian Matematik. Beliau yang belajar bidang Trigonometri tersilap mengambil kertas Kalkulus. Hanya pada dua minit terakhir baru beliau sedar yang terdapat dua kertas berbeza. Babak kedua menyaksikan Bean pergi ke pantai dan cuba untuk menyalin pakaiannya tanpa dilihat oleh seorang lelaki. Selepas berjaya, barulah Mr. Bean tahu yang lelaki itu sebenarnya buta. Akhir sekali, Bean pergi ke gereja dan tertidur. Beliau kemudiannya cuba untuk memakan gula-gula tanpa disedari oleh sesiapa.
  • The Return of Mr. Bean: Episod ini mengandungi empat buah babak. Pertama, Bean menolong pemuzik jalanan dengan menari. Kedua, Bean mencuba kad kredit barunya di sebuah pasar raya. Dia membeli-belah (mencuba dahulu sebelum membeli) dan kemudian kehilangan kad kreditnya kepada seorang lelaki yang tersilap mengambil kad kreditnya. Bean cuba untuk mengambilnya semula tanpa disedari lelaki tadi tetapi tanganya tersekat dan lelaki tadi mengheret Bean sehingga ke tandas. Ketiga, Bean pergi restoran sempena hari jadinya dan memesan daging panggang. Tetapi kerana makanan yang dipesan tidak sedap dia membuangnya di tempat berbeza (dalam beg tangan, seluar pemain violin). Akhir sekali, Bean hadir ke majlis untuk berjumpa dengan "Ratu" England tetapi dia datang dalam keadaan tidak bersedia. Ketika dia ingin tunduk hormat kepada Ratu, kepala Ratu terhantuk ke kepalanya lantas dia melarikan diri.
  • The Curse of Mr. Bean: Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Mr. Bean pergi ke kolam renang dan cuba untuk terjun daripada papan terjun (sebaliknya takut dan akhirnya ditolak oleh dua budak lelaki). Kedua, Bean enggan bayar duit letak kenderaan jadi mencuba pelbagai cara untuk keluar daripada pintu masuk. Ketiga Bean pergi taman untuk makan tengah hari dengan cuba untuk membuat sandwich sendiri tetapi dia bersin menyebabkan sandwich itu jatuh. Lelaki disebelahnya akhirnya memberikan dia sanwich baru. Akhi sekali, Bean pergi ke panggung wayang untuk melihat filem seram. Dia sendiri yang menjadi takut (walaupun dia menakutkan orang lain).
  • Mr. Bean goes to town: Episod kali ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean membeli sebuah televisyen baru tetapi menghadapi masalah untuk menerima siaran (ini memaksanya berbogel di satu kawasan supaya isyarat dapat diterima). Kedua, Bean menggunakan kamera yang baru dibelinya tetapi dicuri. Bean, menggunakan pensel untuk mengenal pasti pencuri itu ketika kawat cam polis. Ketiga, Bean terasa gatal dikakinya dan membuka sebelah kasut untuk menggaru kakinya. Dia mletak kasut tadi di atas bumbung sebuah kereta, dan kereta itu tiba-tiba dihidupkan menyebabkan Mr. Bean menjengket ke seluruh pekan itu (dia berjaya menemui kasutnya semula). Akhir sekali, dia membawa teman wanitanya ke disko dan prtunjukan magis. Dia merosakkan pertunjukkan magis tadi dan menyebabkan dia ditinggalkan teman wanitanya. Bean meninggalkan Disko tadi, dan menutup suis utama dahulu.
  • The Trouble with Mr. Bean: Episod ini mempunyai 3 babak. Pertama sekali, Bean lewat untuk temu janji dengan doktor gigi dan terpaksa menukar pakaian dan menggosok gigi ketika sedang memandu ke klinik gigi. Kedua, dia tiba di klinik gigi tetapi dengan tidak sengaja tercucuk kaki doktor gigi dengan ubat kebas menyebabkan doktor itu terjatuh. Bean memutuskan merwat giginya sendiri sehinggalah doktor itu kembali pulih. Ketiga, Bean pergi ke taman untuk berkelah tetapi seekor tebuan menggangu Mr. Bean. Dengan kecewa, dia meninggalkan tapak perkelahannya dan membuang kek tadi ke seorang pencuri kereta.
  • Mr. Bean Rides Again: Episod ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean ingin ke pejabat pos tetapi kereta mininya tidak boleh dihidupkan jadi dia memutuskan untuk menaiki bas. Semasa di perhentian bas, seorang lelaki diserang sakit jantung dan Bean cuba untuk menolongnya.. Ambulans datang tetapi Bean mengambil semua kuasa daripada bateri ambulans tersebut ke keretanya. Kedua,semasa dalam perjalanan, Bean tidak sengaja tertelan setem dan dia kemudiannya mencuri setem daripada seorang wanita. Apabila wanita terbabit berpatah balik, Bean menyembunyikan dirinya dalam tong pos itu. Ketiga Bean mengemas barangannya untuk pergi bercuti tetapi dia tidak ketahui bahawa ada beg yang lebih besar selepas berjaya mengemas barangnya. Akhir, Bean menaiki kereta api tetapi dia diganggu dengan bunyi gelak tawa seorang lelaki. Bean kemudiannya menjumpai chewing gum dan meletakkanya di telinga. Bean kemudiannya menaiki kapal terbang dan cuba menjaga seorang budak yang sakit disebelahnya.
  • Merry Christmas, Mr. Bean: Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Bean pergi ke sebuah kedai di London dan melakukan perkara yang pelik (mencuba lampu, bermain dsb.). Kedua, Bean bertemu dengan teman wanitanya yang menunjukkan kepada Bean sebutir cincin pertunangan, beliau kemudian menangkap penyeluk saku dan menjadi konduktor sebuah pasukan muzik. Ketiga, Bean bersiap untuk Krismas tetapi dibosankan dengan filem-filem perang, seram dan menutup pintu pada sebuah kumpulan koir. Keempat, Bean cuba memasak ayam belanda tetapi kehilangan jam tangannya di dalam ayam belanda tersebut. Hal ini menyebabkan kepalanya tersangkut kepada ayam belanda terbabit ketika teman wanitanya tiba yang kemudian menolongnya. Kemudian, mereka memakan sandwich dan Bean memberinay hadiah; sebuah gambar pertunangan. Kecewa, teman wanitanya meninggalkan dia dan Bean menyambut krismas sendirian.
  • Mr. Bean in Room 426: Episod ini merangkumi satu babak yang besar. Bean pergi menginap di hotel dan membuat pelbagai perkara yang aneh dan pelik di sana. Antaranya ialah, menebuk lubang didinding untuk menggantung gambarnya, menyusup masuk ke dalam bilik sebelah untuk mandi. Pada makan tengah hari, dia meniru jiran hotel sebelahnya. Pada malam itu, jiran sebelahnya memainkan muzik dengan kuat dan ini menyebabkan dia keluar ntuk mengetuk pintu jirannya supaya memperlahankan bunyi (dalam keadaan bogel!). Pintunya secara automatik terkunci dan dia terpaksa mencari jalan mendapatkan kunci pendua tanpa diketahui oleh orang lain.
  • Mind the Baby, Mr. Bean: Episod ini juga merangkumi satu suasana yang besar. Bean pergi ke pesta ria tetapi secara tidak sengaja terlupa mengunci but keretanya.Pemegang but ini menarik sebuah kereta bayi (sudah tentu terdapat bayi di dalamnya!) ke pesta ria tersebut. Selepas sedar akan kehadiran bayi tersebut Bean terpaksa menjaganya.
  • Do-It-Yourself, Mr. Bean: Episod ini mempunyai tiga babak. Pertama, Bean mengajak dua kawannya, Rupert dan Hubert untuk meraikan tahun baru tetapi parti itu membosankan mereka dan apabila Bean pergi menyiapkan snek, mereka menukar jam ke pukul 12 tengah malam dan mengatakan yang mereka penat. Bean kemudiannya pergi tidur apabila tahun baru menjelang tiba. Kedua, bean pergi membeli-belah sempena tahun baru dan memuatkan banyak barang pada kereta mininya termasuklah sebuah kerusi rehat. Ketiga, Bean cuba mengubah suai rumah sendiri tetapi menyebabkan rumahnya huru-hara. Dia menutup semuanya dengan surat khabar dan meletupkan tin cat. Semasa Bean keluar daripada rumahnya, Hubert masuk kerana ingin mengambil topinya.
  • Back To School, Mr. Bean: Episod ini menampilkan Mr. Bean pada hari terbuka sebuah sekolah. Tidak dapat mencari tempat letak kereta, Bean ternampak sebuah kereta yang menyerupai keretanya diletakkan pada satu tapak dan menukarkan kereta itu dengan keretanya. Semasa dalam sekolah, Bean mengacau seorang penulis kaligrafi dan orang lain. Dalam makmal sains Bean mencuba mencampur adukkan bahan kimia menyebabkan terjadinya letupan kecil yangtidak berbahaya. Asap biru keluar daripada makmal itu. Bean berjaya melepaskan diri tetapi seorang budak tidak. Semasa dalam kelas seni bean terkejut kerana dia terpaksa melukis seorang wanita bogel dan dia segera membuat baju dalam untuk wanita terbabit. Semasa dalam kelas karate, Bean yang ketakutan berjaya mengelirukan seorang guru taekwando dan menggulungnya dalam tilam. Semasa menyalin seluar, Ban tertukar seluarnya dengan sluar orang lain dan tergesa-gesa mencari seluarnya. Dalam tandas lelaki, Bean berjaya mencari seluarnya dan merampas kembali daripada lelaki terbabit. Akhir sekali, Bean menyaksikan kereta mininya dimusnahkan oleh sebuah kereta kebal.

Dua lagi episod juga dibuat untuk siaran televisyen (Tee Off, Mr. Bean dan Goodnight, Mr. Bean), sementara Hair by Mr. Bean of London ialah episod yang terdapat hanya melalui video.

[Sunting] Penerbitan dan penyiaran

Program ini diterbitkan oleh Tiger Television, kemudian dinamakan Tiger Aspect (syarikat yang Atkinson menjadi rakan kongsi), untuk Thames Television dan disiarkan oleh ITV. Di Malaysia, rancangan ini disiarkan oleh Stesen TV3.

[Sunting] Pemadanan filem Bean

Bean

Rancangan Mr. Bean versi filem ini diarahkan oleh Mel Smith, Bean (juga dikenali sebagai Bean: The Ultimate Disaster Movie) diterbitkan pada tahun 1997.

[Sunting] Jalan cerita

Mr. Bean ialah seorang penjaga galeri seni di London yang tidak boleh diharapkan. Oleh kerana itu dia dihantar ke sebuah galeri seni di California, Amerika Syarikat dengan gelaran Dr. Bean.

Mr. Bean bukannya satu-satu daya penarik dalam filem ini, tetapi keluarga yang dihuninya juga menjadi tumpuan tarikan dengan berkisarkan kepada masalah sosial keluarga di Amerika.

[Sunting] Kritikan

Kebanyakkan peminat siri asli rancangan ini merasa amat kecewa dengan format yang ditampilkan. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dicapai hasil daripada tayangan di serata dunia mencecah USD $230 juta sedangkan bajet filem ini hanya $22 juta.

[Sunting] Bean 2

Satu berita yang diterima pada bulan Mac 2005 bahawa sebuah filem Bean baru sedang dalam perancangan. Filem itu akan digelar "Bean 2".

[Sunting] Siri animasi Bean

Cerita animasi Mr. Bean
Cerita animasi Mr. Bean

Watak ini dihidupkan semula pada tahun 2002 menerusi siri animasi, "Mr. Bean" yang mempunyai konsep yang sama seperti rancangan asalnya. Rancangan ini tidak mendapat sambutan bagi penonton dewasa kerana mereka berpendapat ia lebih sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Suara Mr. Bean dan aksi animasi Bean dilakukan oleh Rowan Atkinson sendiri. Suara bagi watak-watak lain disumbangkan oleh Jon Glover, Rupert Degas, Gary Martin dan Lorelei King

[Sunting] Senarai episod siri animasi

  1. In the Wild / Missing Teddy
  2. No Parking / Bean's Bounty
  3. Artful Bean / The Fly
  4. Mime Games / Spring Clean
  5. No Pets / Ray of Sunshine
  6. Roadworks / Sofa
  7. Camping / Chocks Away
  8. In the Pink / Dinner for Two
  9. Treasure / Homeless
  10. Super Trolley / Magpie
  11. Hot Date / Wanted
  12. The Ball / Toothache
  13. Haircut / Neighbourly Bean
  14. Art Thief / Scaredy Bean
  15. A Royal Makeover / Super Marrow
  16. Car Trouble / Restaurant
  17. Gadget Kid / Visitor
  18. Nurse! / Dead Cat
  19. Cat Sitting / The Bottle
  20. Birthday Bear / The Mole
  21. Royal Bean / Young Bean
  22. Hopping Mad / A Grand Invitation
  23. Big TV / Keyboard Capers
  24. Goldfish / Inventor
  25. A Running Battle / Egg and Bean
  26. Bean in Love / Double Trouble

[Sunting] Penyiaran

Siri animasi "Mr. Bean" pertama kali ditayangkan di ITV. Ia sekarang ditayangkan di Nickelodeon dan NickToons TV (Amerika Syarikat), CBC (Kanada), ABS-CBN (Filipina), RTÉ Two (Ireland), ntv7 (Malaysia), ABC (Australia) dan di SCTV (Indonesia).

[Sunting] Pautan luar

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu