Perbualan Pengguna:MSWiki
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:
- Bagaimana memulakan laman baru
- Cara menyunting rencana
- Petunjuk dalam memberikan nama rencana
- Polisi dan garis panduan yang diamalkan
- Memohon rencana.
Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam! —— Master2841 17:14, 21 Mac 2007 (UTC)
[Sunting] Interwiki
Tolong jangan buang interwiki. ...Aurora... 15:30, 26 Mac 2007 (UTC)
Maafkan saya sekiranya terdapat kesilapan dalam penyuntingan. Saya tidak tahu artikal manakah yang sedang diperkatakan oleh saudari? Diharapkan saudari dapat menyatakan dengan lebih teliti tentang hal ini.
- Lihat rencana Tel Aviv.
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Istimewa:Contributions/MSWiki untuk melihat sejarah suntingan anda. Yosri 04:28, 27 Mac 2007 (UTC)
Sebenarnya saya masih tidak faham tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh saya. Saya berharap saudara/ saudari dapat memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
- Lihat ini dan ini. ...Aurora... 09:16, 29 Mac 2007 (UTC)
Saya masih tidak faham apakah yang ingin dikatakan oleh saudari. Mungkin saya ini seorang yang lembap. Namun begitu, saya berharap saudari dapat memberi keterangan yang lebih lanjut tentang perkara ini. Terdapat beberapa soalan yang ingin saya kemukakan.
Apakah interwiki sebenarnya? Saya berharap saudari dapat memberi keterangan yang lebih lanjut bukan melalui links (sambungan). Saya telah melihat keterangan tentang interwiki, akan tetapi, saya masih tidak faham tentang kaitan interwiki dengan rencana Tel Aviv.
Interwiki itu ialah pautan (link) ke edisi wikipedia bahasa lain. Jika anda ke rencana Tel Aviv anda akan lihat disebelah kiri di bawah kotak "bahasa lain". Itulah interwiki. Interwiki biasanya terletak dibahagian bawah rencana. Dibawah adalah salah satu contoh interwiki:
Itulah yang dinamakan interwiki. — Master2841 17:21, 30 Mac 2007 (UTC)
Terima kasih atas nasihat yoang telah diberikan oleh saudara. Apakah yang harus saya buat untuk memuatkan turun Interwiki dalam rencana Tel Aviv semula?
[Sunting] Permohonan menjadi pentadbir
Terima kasih kerana mengemukakan permohonan menjadi pentadbir/penyelia di sini. Walau bagaimanapun anda masih tidak memenuhi syarat-syarat asas untuk menjadi penyelia iaitu mestilah "berusia" sekurang-kurangnya 3 bulan daripada tarikh daftar. Lihat Wikipedia:Tanggungjawab penyelia untuk maklumat lanjut. — Master2841 10:07, 10 April 2007 (UTC)