Wikipedia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
URL | http://www.wikipedia.org/ |
---|---|
Komersial? | Tidak |
Jenis laman | Projek internet ensiklopedia |
Pendaftaran | Pilihan |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Dicipta oleh | Larry Sanger dan Jimmy Wales |
Wikipedia (www.wikipedia.org) adalah ensiklopedia yang boleh diubahsuai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan dan dioperasikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia adalah dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tidak ada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat di dalamnya dan tidak ada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.
Wikipedia adalah berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Senang dikatakan, Wikipedia adalah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia-ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik-pulih-sendiri dalam melalui cabaran-cabaran ini.
Wikipedia telah bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari, 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac, 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 1.7 juta rencana dalam bahasa Inggeris dan melebihi enam juta artikel dalam 250 bahasa yang lain, dan bilangan ini terus meningkat dengan mendadak[1].
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Sejak kejatuhannya yang disebabkan oleh masalah teknikal dan proses meningkat-upaya, Wikipedia telah beroperasi sejak 15 Januari, 2001. Lihat sejarah Wikipedia untuk maklumat lanjut. Lihat juga sejarah wikipedia bahasa Melayu.
[Sunting] Perkara-perkara penting
Idea untuk mengumpulkan semua pengetahuan seluruh dunia di satu tempat boleh dikesan semula ke sejarah Perpustakaan Alexandria dan Pergamon. Idea moden untuk ensiklopedia am bercetak kembali semula hanya sebelum ahli ensiklopedia Denis Diderot dan abad ke-18. Lihat Ensiklopedia untuk keterangan lanjut.
Idea untuk menggunakan mesin pengautomatan melebihi pengeluaran bercetak untuk membina ensiklopedia yang lebih berguna boleh dijejak daripada cerita pendek H. G. Wells World Brain (1937) dan pandangan ke depan Vannevar Bush daripada berdasarkan filem-mikro Memex, dalam As We May Think (1945). Satu titik penting sepanjang laluan adalah juga projek Ted Nelson iaitu Project Xanadu (1960).
Dengan pembangunan Internet, ramai orang cuba untuk membangunkan projek ensiklopedia atas talian. Lihat Projek ensiklopedia internet. Pendukung perisian percuma Richard Stallman telah menulis kebaikan Free Universal Encyclopedia and Learning Resource pada 1999. Beliau telah menerangkan maklumat Wikipedia sebagai "berita yang mengujakan," dan Free Software Foundation memberikan perangsang kepada orang ramai "untuk melawat dan menghantar ke laman ini".
[Sunting] Sifat penting
Terdapat tiga sifat penting untuk projek Wikipedia, yang mana menerangkan fungsinya pada World Wide Web:
- Untuk menjadi ensiklopedia.
- Untuk menjadi WikiWiki, di dalamnya (dengan beberapa kelainan) ia boleh disunting oleh sesiapa.
- Untuk menjadi sumber terbuka, dan menggunakan copyleft Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
- Jika anda mahu menjadi penyumbang Wikipedia, sila lihat laman selamat datang.
[Sunting] Vandalisme
Satu isu yang kerap diperkatakan di Wikipedia adalah "vandalisme" atau laku musnah, iaitu membuat kerosakan terhadap rencana. Sebagai contoh, Sarah Lane, penyampai "Sarah's Blog Report," sebahagian program TV The Screen Savers di TechTV, "melaku musnah" laman Wikipedia mengenai monkeypox semasa bersiaran langsung [1] - hingga menyebabkan peningkatan laku musnah pada laman tersebut oleh penonton rancangan TV itu. Lane kemudian menulis "Walaupun ia mengujakan saya disebabkan oleh kemudahan dan keringkasannya, ia menakutkan saya serba sedikit. Maksud saya jika saya sebaliknya menulis 'My boss is a big fat **** dan nombor telefonnya adalah ****'? Tentunya, seseorang akan memadamkannya, tetapi ini memerlukan moderator yang berdedikasi." [2]
"Desebabkan Wikipedia adalah percuma, projek terbuka, ia menarik elemen anarki," Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mengakui kepada Wired News. "Walaupun begitu, kebanyakan daripada kita mahu mengambil pendekatan memerangi vandalisme ... dan membuangnya dengan segera."
Menurut rencana Wall Street Journal pada Februari 2004, pengkaji telah menjumpai bahawa setiap kerja-kerja vandalisme kerap kali dibaiki: Kajian yang terbaru oleh sekumpulan IBM menjumpai bahawa kebanyakan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia telah dibaiki hanya dalam masa lima minit. Begitu pantas: "Kami terkejut dengan bagaimana kerapnya kami menjumpai perbuatan vandalisme, dan terkejut sekali lagi bagaimana cepatnya ia diperbetulkan," kata Martin Wattenberg, seorang pengkaji di IBM TJ Watson Research Centre, di Cambridge, Mass. ([3])
[Sunting] Polisi
Pengambil bahagian dalam Wikipedia (ahli Wikipedia) biasanya mengikuti, dan dipaksa mengikuti, beberapa polisi asas.
Pertamanya, kerana terdapat berbagai-bagai jenis pengambil bahagian yang mempunyai pelbagai ideologi, dan dari seluruh dunia, Wikipedia bertekad untuk membuatkan semua rencananya kurang bias sebaik mungkin. However there has been criticism that the systemic bias of the participants can color the neutrality of an article. Matlamatnya adalah untuk menulis rencana dari satu sudut pandangan sahaja objektif sudut pandangan — ini merupakan pemahaman salah yang menjadi kebiasaan tentang polisi ini — tetapi lebih tepat lagi, untuk secara to saksama mempersembahkan semua sudut pandangan kepada sesuatu isu, attributed to their adherents in a neutral way. Of course, which views need to be attributed is a significant issue.
Keduanya, terdapat beberapa cara penamaan rencana; sebagai contoh, apabila terdapat beberapa nama wujud, nama yang menjadi kebiasaan oleh Wikipedia akan digunakan.
Ketiganya, Wikipedians menggunakan muka "cakap" atau other cara "out of band" untuk memperkatakan perubahan kepada rencana tersebut, bertentangan dengan berbincang perubahan di dalam artikel tersebut sendiri.
Keempat, terdapat beberapa kemasukan yang tidak begitu digalakkan untuk membentuk artikel ensiklopedia ini. Contohnya, definisi kamus dan semua sumber bahan tambahan seperti teks undang-undang serta ucapan tidak diterima. (Walaubagaimanapun, beberapa projek kembar Wikipedia, seperti Wiktionary and Wikisource, direka sebagai simpanan untuk menyimpan pengetahuan yang bernilai, seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, yang tidak begitu tepat dimasukkan ke dalam Wikipedia.)
Kelima, terdapat berbagai-bagai larangan yang kadang-kala bertentangan, petunjuk, polisi, dan common ractices that have been proposed and which have varying amounts of support within the Wikipedia community. Apabila peraturan diabaikan, ia akan diputuskan satu perkara demi satu perkara sama ada untuk mengenakan peraturan yang lebih ketat atau tidak.
[Sunting] Perseorangan
Wikipedia telah disunting oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Wikipedia menamakan orang yang menyuntingnya sebagai Wikipedians.
Tidak ada istilah untuk ketua editor. Dua orang yang telah membentuk Wikipedia ialah Jimmy Wales (CEO syarikat kecil Internet company Bomis, Inc.) dan Larry Sanger. Nama domain Wikipedia.com telah didaftarkan di bawah nama Wales. Untuk 13 bulan yang pertama, Sanger telah dibayar oleh Bomis untuk bekerja di Wikipedia. Sanger telah dikatakan seringkali menjadi perantara dan membuat keputusan berkaitan isu-isu yang hangat didebatkan. Ini bukanlah berasaskan kepada autoriti formal tetapi berdasarkan atas permintaan daripada pengguna-pengguna secara keseluruhannya. Funding ran out for his position, leading to his resignation in February of 2002. Other current and past Bomis employees who have done some work on the encyclopedia include Tim Shell, one of the co-founders of Bomis, as well as programmers Jason Richey and Toan Vo.
[Sunting] Perisian dan perkakasan
Versi asal perisian wiki yang digunakan oleh Wikipedia ialah UseModWiki yang ditulis oleh Clifford Adams ("Fasa I"). Pada mula-mulanya, ia memerlukan CamelCase untuk mencipta pautan; tidak lama kemudian, kaedah pautan dengan tanda kurung kembar yang kini digunakan diperkenalkan. Pada Januari 2002, Wikipedia mula dikendalikan dengan perisian wiki PHP yang berdasarkan pangkalan data MySQL. Perisian ini yang menambahkan banyak ciri (dan membatalkan tindakan kata-kata CamelCase menjadi pautan secara automatik), ditulis khusus untuk projek Wikipedia oleh Magnus Manske ("Fasa II"). Tidak lama kemudian, tapak itu beransur-ansur menjadi perlahan sehingga penyuntingan hampir tidak dapat dilakukan; banyak pusingan pengubahsuaian kepada perisian itu hanya memberikan penyelesaian sementara. Kemudian, Lee Daniel Crocker menulis semula seluruh perisian; versi yang baru yang merupakan suatu pembaikan yang utama telah digunakan sejak Julai 2002; perisian "Fasa III" ini kini dipanggil MediaWiki. Sejak dari masa itu, Brion Vibber telah bertanggungjawab kepada tugas membetulkan pepijat dan menalakan prestasi pangkalan data.
Pada akhir 2003, komputer pelayan yang perlahan menjadi masalah yang serius untuk penyumbang-penyumbang Wikipedia. Ramai di antara mereka mendapat masalah untuk menyunting rencana disebabkan oleh time-out dan keperlahanan yang luar biasa. Ini disebabkan oleh cuma terdapat satu pelayan sahaja yang melayan semua ahli Wikipedia pada satu-satu masa.
Projek ini sekarang berjalan di sembilan komputer pelayan yang tersendiri yang terletak di Florida. Konfigurasi baru sekarang termasuklah satu pelayan pangkalan data dan empat pelayan web, yang mana memberikan laman yang diminta, membuat perenderan untuk semua Wikipedias. Untuk menambahkan kelajuan, muka surat untuk pengguna akan dicachekan di dalam sistem fail sehingga apa yang dirender adalah tidak sah, membolehkan perenderan muka surat untuk diabaikan untuk keseluruhan muka surat yang paling kerap diakses. Permintaan muka yang telah dicache dilayan oleh dua Squid pelayan; pelayan-pelayan tersebut dihubungkan antara satu sama lain melalui dua sistem fail pelaya NFS (satu sebagai simpanan kecemasan - komputer pelayan NFS utama juga sekarang ini digunakan sebagai pelayan e-mel).
[Sunting] Projek berkembar
Wikipedia mempunyai beberapa projek berkembar:
- Wiktionary, sebuah projek kamus
- Wikibooks, projek buku latihan percuma
- Wikiquote, sebuah ensiklopedia petikan-kata percuma
- Wikisource, repositori sumber teks dalam pelbagai bahasa yang samaada dalam alam awam "public domain" atau dibebaskan di bawah GFDL.
[Sunting] Memuat turun pangkalan data
Jikalau ada individu mahu menggunakan kandungan terbuka Wikipedia's untuk sesuatu yang tidak begitu baik untuk digunakan di Wikipedia, mereka boleh memuat turun versi paling hampir baru untuk keseluruhan pangkalan data rencana untuk digunakan bagi berbagai tujuan, yang terdapat dalam terma GFDL. [4]
Beberapa tapak web, seperti "4reference.net" dan "nationmaster" telah menggunakan mirror atau fork kandungan Wikipedia.
[Sunting] Anugerah yang telah diterima
[Sunting] 2004
- Prix Ars Electronica, winner - di dalam kategori Digital Communities; The World Starts With Me juga dimenangi.
- The Webby Awards, telah dianugerahkan di dalam bahagian "Community" dan "Best Practices", dan menang bahagian "Community". Sila lihat winner's list
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Laman web yang berkaitan
- Meta-Wikipedia
- MediaWiki Phase III Software di SourceForge
- OpenFacts: Copies of Wikipedia content
- The Wikipedia Cafeshop
- archive of Wikipedia press releases
- Wikipedia Trophy Box.
- Wikipedia Fan
[Sunting] Laman web hasil tulisan dan rencana akademik berkaitan
- The Free Universal Encyclopedia and Learning Resource by Richard Stallman (RMS)
- IBM History Flow: Technical experiment on "visualizing dynamic, evolving documents and the interactions of multiple collaborating authors". Menggunakan pelbagai rencana Wikipedia sebagai maklumat contoh.
- "Operation of a Large Scale, General Purpose Wiki Website", Nov 2002, oleh Lars Aronsson, pembangun susning.nu.
[Sunting] Tinjauan, sokongan dan perbincangan mengenai Wikipedia
- Official Wikipedia press coverage
- Rencana berita yang memperkatakan tentang Wikipedia (dikemaskini selalu): Yahoo & Google
- Ogos 2003 Rencana CNN tentang Wikipedia
- November 2001 RMS describes Wikipedia as "exciting news"
- Julai 2001 Britannica or Nupedia? The Future of Free Encyclopedias - Larry Sanger's response to Britannica's decision to charge fee (Julai 2001).
- 1999 FSF endorsement of Wikipedia