Tajikistan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Republik Tajikistan ҷумҳурии Тоҷикистон Republik Tajikistan |
|||||
|
|||||
Cogan kata: Tiada | |||||
Lagu kebangsaan: Surudi Milli | |||||
Ibu negara (dan kota terbesar) |
Dushanbe 38°33′ U 68°48′ T |
||||
Bahasa rasmi | Bahasa Tajik Parsi | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
Presiden Perdana Menteri |
Emomali Rahmonov Okil Okilov |
||||
Keluasan | |||||
---|---|---|---|---|---|
- Jumlah | 143,100 km² (ke-95) 55,251 km persegi |
||||
- Air (%) | 0.3 | ||||
Penduduk | |||||
- Anggaran Julai 2005 | 6,507,000 1 (ke-100 1) | ||||
- Bancian 2000 | 6,127,000 | ||||
- Kepadatan | 45/km² (ke-151) 117/km persegi |
||||
KDNK (KKP) | Anggaran 2005 | ||||
- Jumlah | ASD$8.802 bilion (ke-139) | ||||
- Per kapita | ASD$1,388 (ke-159) | ||||
Mata wang | Somoni (TJS ) |
||||
Zon waktu | (UTC+5) | ||||
Internet TLD | .tj | ||||
Kod panggilan | +992 | ||||
1.) Ditempatkan berdasarkan angka PBB (2005). Anggaran berdasarkan anga CIA (2006). |
Republik Tajikistan (bahasa Tajik: ҷумҳурии Тоҷикистон, Jumhurii Tojikiston) ialah sebuah negara dikelilingi daratan serta bergunung-ganang yang terletak di Asia Tengah. Negara ini bersempadan dengan:
- Afghanistan di selatan;
- Uzbekistan di barat;
- Kyrgyzstan di utara, dan
- China di timur.
Republik Tajikistan merupakan tempat asal orang-orang Tajik yang berkongsi budaya dan sejarah dengan orang-orang Iran, dan bertutur dalam bahasa Tajik yang amat berkait dengan bahasa Parsi. Negara ini yang pada satu ketika merupakan tempat Empayar Samanid yang terkenal, kemudian menjadi salah satu republik Kesatuan Soviet pada abad ke-20, dan dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Tajik.
Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Tajikistan mengalami perang saudara yang mengakibatkan kemusnahan, dan yang berlangsung sejak tahun 1992 sehingga 1997. Sejak keakhiran perang ini, kestabilan politik dan bantuan asing telah membenarkan ekonomi negara ini untuk bertumbuh. Sumber-sumber semula jadinya seperti kapas dan aluminium telah amat menyumbang kepada kemajuannya yang tetap.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Nama
"Tajikistan" bermakna "Tanah Tajik". Sesetengah orang mempercayai bahawa nama "Tajik" merupakan rujukan geografi untuk puncak (Taj) Pusat banjaran Pamir.
Tajikistan sering dieja sebagai Tadjikistan atau Tadzhikistan dalam bahasa Inggeris, akibat transliterasi daripada perkataan Rusia Таджикистан. Abjad Rusia tidak mempunyai huruf j untuk mewakili fonem /ʤ/ dan oleh itu, дж, atau dzh telah digunakan. Tadzhikistan merupakan ejaan alternatif yang paling biasa dan telah digunakan secara meluas dalam kepustakaan bahasa Inggeris yang berasal daripada sumber-sumber Rusia. Tadjikistan ialah ejaan dalam bahasa Perancis, dan kekadang dijumpai dalam teks bahasa Inggeris. Cara untuk menulis "Tajikistan" dalam skrip Parsi-Arab ialah: تاجکستان .
Perbalahan menyelubungi istilah yang betul untuk digunakan bagi rujukan kepada orang-orang dari Tajikistan. Perkataan Tajik sebenarnya merupakan istilah tradisional yang digunakan untuk memerikan orang-orang dari Tajikistan dan muncul secara meluas dalam kepustakaan. Tetapi politik etnik Asia Tengah telah menjadikan perkataan Tajik sebagai satu perkataan yang penuh dengan perbalahan kerana perkataan ini dikatakan membayangkan bahawa Tajikistan seakan-akan hanya merupakan negara untuk etnik Tajik, dan bukannya untuk etnik-etnik yang lain seperti Uzbek, dan Rusia. Selain itu, penduduk-penduduk Pamiri di Gorno-Badakhshan juga telah mencuba mewujudkan sebuah identiti etnik yang berbeza dengan identiti etnik Tajik. Bagaimanapun, terdapat sepersetujuan yang semakin bertambah bahawa perkataan "Tajikistani" yang tidak bersifat etnik, dan yang merangkumi kedua-dua etnik Tajik serta etnik-etnik bukan Tajik, merupakan istilah yang tepat untuk merujuk kepada orang-orang Tajikistan.
[Sunting] Lihat juga
- Anjoman e Payvand
- Daftar negara
- Orang Yaghnobi
- Sughd
[Sunting] Bacaan tambahan
- Historical Dictionary of Tajikistan oleh Kamoludin Abdullaev dan Shahram Akbarzadeh
- Land Beyond the River: The Untold Story of Central Asia oleh Monica Whitlock
- Tajikistan: Disintegration or Reconciliation oleh Shirin Akiner
- Tajikistan: The Trials of Independence oleh Shirin Akiner, Mohammad-Reza Djalili dan Frederic Grare
[Sunting] Pautan luar
Carilah maklumat lanjut di Tajikistan melalui projek-projek kembar Wikipedia:
|
- Buku Fakta Dunia CIA: Rencana mengenai Tajikistan.
- Profil Negara BBC: Tajikistan
- Khovar: Agensi berita Tajikistan
- Pintu Masuk Perkembangan Tajik
- Laman web neweurasia: Blog Tajikistan
- Maklumat dan gambar foto Pelancong Tajikistan
|
![]() |
---|---|
Armenia | Azerbaijan | Belarus | Georgia | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Moldova | Russia | Tajikistan | Turkmenistan | Ukraine | Uzbekistan |
Daftar negara | Asia | Asia Tengah |
Afghanistan | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mongolia | Rusia | Tajikistan | Turkmenistan | Uzbekistan |
Negara Negara di Benua Asia | ||
---|---|---|
Afghanistan · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · China (Taiwan)2 · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor-Leste (Timor Timur)4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
|
![]() |