Pertempuran Actium
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pertempuran laut Pertempuran Actium berlaku pada 2 September 31 BC, berhampiran Actium di Greece, semasa Perperangan Saudara Rom antara Mark Antony dan Octavian (kemudiannya Putera Augustus, dikenali kemudiannya sebagai Maharaja Rom). Angkatan Octavian diperintah oleh Marcus Vipsanius Agrippa, dan angkatan Antony disokong oleh angkatan isterinya, Cleopatra, ratu Mesir. Pertempuran itu dimenangi oleh pihak Octavian dan tarikh ini sering digunakan sebagai menandakan permulaan Kerajaan Rom.
Kedua angkatan bertembung di luar teluk Actium, setiap pihak mempunyai sekitar 200 kapal (jumlah keseluruhan diberikan oleh pihak berkuasa silam amat berbeza). Kapal berat octeres Antony cuba menghampiri dan memusnahkan kapal musuh dengan menggunakan artileri; Kapal Octavian yang lebih ringan dan mudah bergerak, kemungkinannya quinquereme, menggunakan taktik skirmishing dengan mahir. Ketika pertempuran Cleopatra dengan tiba-tiba mengundurkan angkatan skuadronnya dan Antony berundur bersamanya. Pengundurannya tidak disedari, dan pertempuran berterusan seri, sehinggakan angkatan Antony berjaya dibakar dan dengan itu lebur.
Setahun selepas pertempuran ini, Antony dan Cleopatra kedua-dua membunuh diri.