PH
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Tajuk sebenar rencana ini ialah pH. Huruf besar yang ditunjukkan adalah disebabkan masalah teknikal.
pH merupakan ukuran keasidan dan kealkalian sesuatu larutan dalam istilah aktiviti hidrogen (H+) (sebenarnya, ion H+ tidak wujud; ia merupakan singkatan kepada ion hidroksonium H3O+). Namun untuk larutan cair, adalah lebih mudah/sesuai untuk menggantikan aktiviti ion hidrogen dengan kepekatan, kemolaran (mol/L) ion hidrogen itu (namun, ini tidak semestinya tepat untuk kepekatan tinggi [1][2]).
Pada tahun 1908, Sørensen menakrifkan pH sebagai
Kuantiti ini boleh dihubungkan kepada pemalar penceraian asid dengan
yang mana A- ialah konjugat bes bagi HA.