Pokok Pinang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pinang Areca catechu |
|||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Pokok Pinang
|
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Areca catechu L. |
|||||||||||||||
|
Pokok pinang (nama saintifik: Areca catechu) merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.
Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ditanam dan bertumbuh di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya.
Pulau Pinang yang terletak berdekatan pantai barat Semenanjung Malaysia, dinamakan sempena nama "pinang".