Rabu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Hari Rabu ataupun Wednesday dalam Bahasa Inggeris, merupakan hari ke-4 dalam seminggu dan terletak antara Selasa dan Khamis. Perkataan Rabu itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna empat, iaitu hari keempat dalam seminggu.
Lambang astrologi planet Marikh melambangkan Rabu, dalam bahasa Roman dies mercurii. Dalam Bahasa Inggeris Rabu dikenali sebagai hari Woden, disebabkan dewa orang Rom Merkury dikaitkan dengan Woden, di Eropah utara.
Hari Rabu juga merupakan pertengahan minggu; dalam bahasa Jerman Rabu adalah "Mittwoch" (tengah minggu).
Lihat juga: