Ramlee Awang Murshid
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Latar belakang pendidikan
- Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
- Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
- Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
- Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
[Sunting] Anugerah
- Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
- Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
[Sunting] Senarai novel
- Tombiruo
- Semangat Hutan
- Tombiruo Terakhir
- Ranggau
- Mandatori
- ADAM
- Satu Janji
- Bagaikan Puteri
- Rahsia Perindu
- Hatiku Di Harajuku
- Cinta Sang Ratu