Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh adalah sekolah berasrama penuh integrasi yang diasaskan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh En. Abdul Razak bin Alias. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh. Kemudian, dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Temerloh.
Pada 1 Jun 2002, sekolah ini kemudiannya dinaik taraf kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi oleh Sektor SBP Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh | |
---|---|
![]() Lencana Sekolah |
|
Alamat | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, 28010 Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur. |
Telefon | 092897449 |
Faksimili | - |
Jenis Sekolah | Sekolah Berasrama Penuh |
Kod Sekolah | CRA7001 |
Pengetua | Pn. Shariffah Asmak bt Syed Alwee |
PK Akademik | En. Abdul Razak b Alias |
PK HEM | En. Zamri b Sabri |
PK Kokurikulum | En. Razali b Ahmad |
Nama rujukan | InSofT |
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Sekolah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya,sekolah ni telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau,Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 adalah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.
Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan.Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan.Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang
[Sunting] Geografi
Sekolah ini terletak di daerah Temerloh, Pahang, Malaysia. Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau, 15 kilometer dari bandar Temerloh.
[Sunting] Pengetua
- 1 Januari - 15 Mac 2002 : En. Abdul Razak bin Alias [Memangku tugas pengetua]
- 16 Mac 2002 - 2004 : Pn. Hajah Afiah binti Abdul Razak
- 2004 - kini : Pn. Shariffah Asmak binti Syed Alwee
[Sunting] P&P (Pembelajaran dan Pengajaran)
[Sunting] Waktu
Sesi P&P di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan, Isnin hingga Khamis. Pada pukul 7.30 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah dan sesi P&P dimulakan. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.10 pagi hingga 10.30 pagi dan pada pukul 1.10 tengahari hingga 2.00 petang. Sesi P&P akan berakhir pada pukul 4.00 petang.
[Sunting] Kelas
- Tingkatan 1, 2,dan 3
- Smart
- Brilliant
- Perfect
- Tingkatan 4 dan 5
- Smart
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent
- Thinker
[Sunting] Logo
- Kuning : Lambang keperibadian mulia
- "I I I" : 'Iqra
- Buku : Sikap suka membaca
- Bulat : Kelahiran pemimpin masa depan di SBPI Temerloh
[Sunting] Lagu Sekolah
Berhemah tinggi pekerti terpuji
Bentuk peribadi nilai yang murni
Sopan santun dalam berbicara
Menjunjung tinggi cita-cita negara
Ilmu penyuluh hidup yang sempurna
Membaca jadikan amalan kita
Teras iman budi yang luhur
SBPI Temerloh Darul Makmur
Mari bersama kita berusaha
Bina insan cemerlang
Beramal bakti sentiasa
Menggapai hasrat murni negara merdeka
Berilmu cipta kejayaan
Keimanan benteng kejahilan
Beramal jadi kewajipan
Penampilan dijaga
Berdedikasi dan jati diri
Melahirkan insan bestari
Lahirkan insan bestari
[Sunting] Ikrar Pelajar
Bahawasanya kami, pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, berikrar dan berjanji, kepada ibu bapa kami, pengetua, guru-guru, rakan-rakan dan diri saya, dengan iltizam dan sepenuh tenaga, saya akan:
- Mematuhi tuntutan agama dan meningkatkan keimanan
- Mendokong cita-cita dan memartabatkan ilmu menjadi insan cemerlang
- Membentuk sahsiah terpuji
- Menghayati dan mematuhi peraturan dan disiplin sekolah
- Melibatkan secara aktif dalam kokurikulum
- Memenuhi harapan sekolah, ibu bapa dan negara ke arah kecemerlangan yang berterusan