Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu merupakan sebuah sekolah agama di Kota Kinabalu. Nama SMK Agama KK bersempena nama bandar Kota Kinabalu yang merupakan lokasi sekolah ini. Nama ini telah dipilih oleh pengetua pertamanya iaitu Ustaz Haidon Hadi Sapiri pada tahun 1990.
Dengan tertubuhnya SMK Agama KK,ia telah menambahkan bilangan sekolah agama di Sabah. SMK Agama KK terletak di Bukit Padang. Bangunan asalnya ialah tapak Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1979. Kini UKMS berpindah ke Menggatal. Jaraknya 4 km dari bandar Kota Kinabalu.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
SMK Agama KK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1990 bersamaan 15 Jamadil Akhir 1411, hasil daripada hasrat Pengarah Pendidikan Sabah untuk menambahkan lagi bilangan sekolah agama di Sabah. Guru perintis SMK Agama KK seramai 12 orang iaitu terdiri daripada:
- Ustaz Haidon Hadi Sapiri (pengetua)
- Adenan Hussin (penolong pengetua)
- Mohd Rozaimi Abd Razak
- A. Ismail
- Anuar Jasmin
- Melih Bidin
- Mahyani Simih
- Azlzn Sukin
- Ustaz Wan Jah Hasbullah
- Zaharah Bani Yamin
- Rosnani Harun
- Nur Husna Abdullah
- Nasif Kasim (kerani)
Pendaftaran SMK Agama KK bermula pada 1 Januari 1991. Pelajar pertama ialah pelajar tingkatan satu (4 buah kelas)dan pelajar tingkatan 4 (3 buah kelas), di mana jumlahnya seramai 205 orang. Penubuhan SMK Agama KK berteraskan takwa Islam dan Ihsan. Justeru itu, adalah menjadi cita-cita SMK Agama KK untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang teguh sebagai pemimpin negara di masa depan.
[Sunting] Lagu sekolah
- SMK Agama KK tercinta
- Gedung ilmu dan cita-cita
- Dunia akhirat dituntut bersama
- Harum namamu dipersada negara
- Kusanjung budimu guru
- Bakti ayah bonda kupahat dijiwa
- Kami mara terus maju
- Memikul tugas para anbiya
[korus]
- Berilmu, beriman, beramal ikrar kami
- Pelajar mithali harapan negara
- Terbilang didunia akhirat sejahtera.
[ulang korus]
[Sunting] Ikrar pelajar
Bahawasanya kami,
Berasa bangga dan gembira,
Menjadi putra putri SMK Agama KK,
Sesungguhnya kami,
Berikrar dan berjanji,
Akan:
- mematuhi segala perintah Allah, meninggalkan segala larangannya.
- mengikuti semua nasihat ibubapa serta guru-guru.
- belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara.
- mematuhi semua peraturan sekolah ini, dalam usaha murni ke arah pembaikan insan.
[Sunting] Visi dan misi
Visi: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu adalah sekolah menengah terunggul di Sabah.
Misi: "melahirkan generasi pelajar yang bersahsiah tinggi selaras dengan tuntutan Islam, berbudaya ilmu, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan Wawasan 2020"
[Sunting] Infrastruktur sekolah
Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu terletak di atas bukit yang bernama Bukit Padang. Sekolah ini mempunyai
- Sebuah Dewan Besar ( Dewan Ibn Taimiyyah )
- Sebuah Bilik Gerakan ( Bilik Syed Qutb )
- 20 bilik kelas
- 5 bilik Makmal Sains
- Sebuah Makmal Bahasa
- Sebuah Bilik Komputer (Pusat Multimedia)
- Sebuah Bilik Perpustakaan
- Sebuah Bilik Kuliah
- Surau di asrama (Surau Ar-Rahman)
- Sebuah Bilik Kaunseling
- Sebuah Bengkel Kejuruteraan
- Sebuah Bangunan Kemahiran Hidup
- 4 Bangunan Asrama
- Sebuah Kantin & Dewan Makan
- Beberapa buah Rumah Pekerja
- Sebuah Gelanggang Tenis
- Padang
- Sebuah Kelas Kemahiran Hidup