Semangat 46
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan pada tahun 1988, merupakan parti serpihan daripada UMNO ditubuhkan selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi.
Selepas kekalahan ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam Pilihan Raya Umum tahun itu tetapi gagal memenangi untuk membentukkan kerajaan. Cuma PAS berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan dan PBS berjaya menguasai kerajaan negeri Sabah.
Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO semula.