Slackware
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Slackware Linux adalah sebuah sistem operasi berasaskan Linux yang diasaskan oleh Patrick Volkerding. Matlamat utama penghasilan sistem operasi ini adalah untuk memberikan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang stabil dan mudah digunakan, dengan secara ringkas yang boleh, tanpa mengabaikan kestabilan sistem
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Penubuhan
Keluaran Slackware yang pertama, versi 1.00 dikeluarkan pada 16 Julai 1993 oleh Patrick Volkerding. Distribusi ini diasaskan dengan teras SLS Linux dan diagihkan pada imej yang boleh dimuatkan pada 3½ cakera liut yang disebar menggunakan FTP melalui internet.
Istilah 'Slackware' diasaskan daripada ayat 'Slack' yang diasaskan oleh 'Church of subgenius', bermaksud, kebebasan.
Pada tahun 1999, slackware 4 telah meningkat kepada slackware 7 dengan mendadak. Ini telah menimbulkan keributan dalam dunia penggemar Linux, terutamanya penggemar slackware. Keadaan ini dijelaskan oleh Patrick Volkerding sebagai strategi pemasaran untuk menunjukkan slackware linux adalah seiring dengan keluaran distribusi Linux lain yang mempunyai keluaran 6 pada masa tersebut.
Pada tahun 2004, Patrick Volkerding mengalami kesihatan sekaligus menimbulkan keraguan pada masa depan pembangunan slackware. Walaubagaimanapun, kesihatan Patrick telah beransur baik, dan pembangunan Slackware telah diteruskan dengan keluaran Slackware 11
Pada tahun 2005, GNOME telah dikeluarkan dari distribusi Slackware, bermula dari keluaran 10.2.
Pada tahun 2006, keluaran Slackware linux 11 telah dikeluarkan. Ini adalah anjakan yang agak tinggi dari keluaran 10.2.
[Sunting] Keluaran
versi | tarikh |
---|---|
1.0 | 16 Julai 1993 |
2.0 | 2 Julai 1994 |
2.1 | Oktober 1994 |
2.2 | Mac 1995 |
2.3 | Mei 1995 |
3.0 | 30 November 1995 |
3.1 | 3 Jun 1996 |
3.2 | 17 Februari 1997 |
3.3 | 11 Jun 1997 |
3.4 | 14 Oktober 1997 |
3.5 | 9 Jun 1998 |
3.6 | 28 Oktober 1998 |
3.9/4.0 | 17 Mei 1999 |
7.0 | 25 Oktober 1999 |
7.1 | 22 Jun 2000 |
8.0 | 1 Julai 2001 |
8.1 | 18 Jun 2002 |
9.0 | 19 Mac 2003 |
9.1 | 26 September 2003 |
10.0 | 23 Jun 2004 |
10.1 | 2 Februari 2005 |
10.2 | 14 September 2005 |
11.0 | 2 Oktober, 2006 |
Pada asasnya, Slackware dibangunkan untuk sistem x86. Walaubagaimanapun terdapat pemindahan ke sistem DEC Alpha dan SPARC. Pada tahun 2005, slackware dibina untuk binaan System/390. Terdapat juga keluaran tidak rasmi untuk binaan ARM, Alpha, SPARC, PowerPC dan Bluewhite64. Slamd64 adalah keluaran tidak rasmi Slackware untuk binaan x86-64(64 bit).
Keluaran Slackware terbaru adalah 11.0(3 Oktober 2006). Keluaran ini didatangkan dengan kernel 2.4.33.3, dan kernel 2.6.18 sebagai alternatif.
[Sunting] Slackware-current
Slackware-current adalah repositori slackware yang mengandungi pekej-pekej eksperimentasi yang digunakan untuk pembangunan Slackware. Kebanyakkan pengguna Slackware yang inginkan sistem Slackware mereka berada pada tahap termaju akan menggunakan pekej-pekej pada repositori Slackware-current pada sistem mereka.
[Sunting] Falsafah Rekabentuk
[Sunting] KISS
KISS atau "keep it simple, stupid" adalah konsep yang menjelaskan falsafah Slackware. Ramai yang mempertikaikan konsep "simple" yang digunakan oleh Slackware, kerana Slackware tidak mudah digunakan bagi mereka yang baru berjinak dengan Linux. Jadi konsep "simple" yang digunakan oleh Slackware di sini adalah merujuk kepada mudah dalam konteks rekabentuk sistem itu sendiri, dan bukan mudah dari aspek penggunaan.
Walaupun terdapat banyak kritik yang mempertikaikan konsep ini, dengan alasan sebuah sistem pengoperasian Linux perlu memikirkan kemudahan untuk pengguna supaya sistem pengoperasian Linux dapat diterima pakai oleh setiap lapisan, Slackware masih mengekalkan konsep rekabentuk ini sehingga ke hari ini.
Konsep rekabentuk ini membuatkan Slackware lebih pantas dan stabil berbanding distribusi-distribusi Linux yang lain.
[Sunting] Skrip "Startup"
Slackware menggunakan skrip init seperti yang digunakan oleh BSD. Ini berbeza dengan kebanyakkan distribusi linux lain yang menggunakan init berasaskan System V.
[Sunting] Pengurusan Pekej
Pengurusan pekej di dalam Slackware adalah minima, dan cuma dibekalkan dengan fungsi "install","upgrade" dan "remove". Ini berbeza dengan pengurusan pekej pada distribusi-distribusi Linux yang lain yang mempunyai sistem untuk menguruskan "dependencies" bagi mengelakkan berlaku ralat pada sistem Linux mereka, seperti RPM(Red Hat Package Manager) pada distribusi Red Hat dan YAST(Yet Another Setup Tools) pada SuSe.
Fail untuk pekej slackware didatangkan dalam format "gzipped tarballs" , dan berakhir dengan format nama fail .tgz . Pekej Slackware dibina dengan skrip khas yang dipanggil "slackbuild", di mana apabila pekej-pekej ini diekstrak, fail-fail yang terdapat dalam pekej ini akan dimasukkan terus ke dalam direktori-direktori yang diperlukan untuk sesuatu aplikasi itu berfungsi dalam Slackware.
Terdapat beberapa aplikasi yang dibangunkan oleh pihak ketiga yang boleh digunakan untuk pengurusan pekej dalam Slackware. Sesetengah daripada aplikasi ini mempunyai fungsi pengurusan "dependencies" untuk memudahkan pengguna.
- Swaret
- Swaret mempunyai fungsi pengurusan "dependencies" untuk menguruskan aplikasi-aplikasi dalam sistem Slackware. Walaubagaimanapun, seringkali pengurusan "dependencies" ini membuatkan sistem menjadi keliru apabila "library" yang tidak bersesuaian dimasukkan oleh Swaret ke dalam sistem. Slackware 9.1 memasukkan Swaret sebagai repositori extra ke dalam cd ke 2, tetapi tidak memasukkan swaret sebagai installasi wajib. Swaret di buang dari repositori pada keluaran Slackware 10.0. Laman web rasmi Swaret
- Slapt-Get
- slapt-get tidak menyediakan pengurusan "dependencies" untuk pekej-pekej yang dikendalikan oleh slapt-get. Walaubagaimanapun, slapt-get menyediakan "framework" untuk pengurusan "dependencies" bagi pekej-pekej slackware. Laman web rasmi slapt-get
- Slackpkg
- slackpkg tidak berbeza dengan slapt-get di mana mempunyai fungsi yang sama dari segi teknikal dalam pengurusan pekej slackware. Laman web rasmi slackpkg
- Checkinstall
- Checkinstall berbeza dari sistem pengurusan pekej lain, di mana checkinstall tidak menguruskan pekej-pekej di dalam slackware, tetapi digunakan untuk membuat pekej-pekej dari sumber. Checkinstall boleh digunakan untuk membuat pekej Slackware, RPM dan Debian. Checkinstall berguna kerana pekej-pekej yang dibina melalui checkinstall boleh dibuang dengan mudah dari sistem Slackware menerusi arahan removepkg Laman web rasmi Checkinstall
[Sunting] ZipSlack
Zipslack adalah distribusi slackware yang telah dikecilkan saiznya ke 100MB, untuk dimuatkan ke cakera ZIP. Sistem zipslack tidak mempunyai antaramuka grafik (boleh ditambah kemudian) tetapi mempunyai asas sistem rangkaian dan pengkompil. Zipslack menggunakan sistem fail FAT/FAT32 untuk memudahkan installasi pada sistem yang menggunakan Microsoft Windows tanpa perlu melakukan pembahagian pada cakera keras.
[Sunting] Distribusi Linux berteraskan Slackware
- Austrumi
- CD live boleh "boot" dengan saiz kecil 50MB
- BackTrack
- Distribusi yang difokuskan kepada sekuriti yang dibangunkan oleh RemoteExploit.org.
- College Linux
- Distribusi yang difokuskan untuk pelajar kolej. Dihentikan pada tahun 2003, tetapi diteruskan pada tahun 2006.
- DARKSTAR
- Distribusi linux yang dihasilkan dari Romania
- Frugalware
- Distribusi pelbagai guna yang dikhususkan untuk pengguna pertengahan.
- Kate OS
- Distribusi yang ringan, menggunakan bahasa Polish
- Mutagenix
- CD Live yang menggunakan Freerock Gnome sebagai desktop utama
- Plamo Linux
- Distribusi dari Jepun
- RUNT
- Distribusi yang boleh digunakan dari cakera USB
- SLAX
- CD Live dan juga boleh digunakan dari cakera USB
- SAUVER
- CD Live
- Topologi
- Distribusi yang boleh dilarikan pada sistem Microsoft Windows
- Ultima Linux
- Distribusi yang dihasilkan oleh Martin Ultima.
- Vector Linux
- Distribusi ringan berasaskan Slackware.
- Zenwalk Linux
- Distribusi yang menggunakan XFCE sebagai desktop.
- Splack Linux
- Distribusi untuk binaan SUN SPARC ,SPARC32 dan SPARC64.
- Slamd64
- Distribusi untuk binaan x86-64
- Slackintosh
- Distribusi untuk binaan PPC
- Bluewhite64 Linux
- Distribusi untuk binaan AMD-64/EM64T
[Sunting] Komuniti Internet
[Sunting] Forum Perbincangan
Slackware diperbincangkan pada banyak laman forum internet, dan juga Usenet newsgroup alt.os.linux.slackware dan cenel-cenel IRC #slackware@irc.oftc.net , ##slackware@chat.freenode.net and #slackman@chat.freenode.net.