Microsoft Windows
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Antara kebanyakan sistem pengendalian yang terdapat di pasaran adalah seperti Microsoft Windows, Linux, Mac OS X dan lain-lain. Namun begitu Windows adalah pilihan pertama individu kerana senang digunakan berbanding sistem operasi lain. Windows adalah salah satu sistem operasi daripada Syarikat Microsoft. Terdapat beberapa jenis Windows antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007. Dianggarkan lebih kurang 90% daripada jumlah komputer di seluruh dunia menggunakan sistem pengedalian Windows.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Keluarga Microsoft Windows
Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.
Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.
[Sunting] Suasana pengendalian 16-bit
- Windows 1.0
- Windows 2.0
[Sunting] Suasana pengendalian hibrid 16/32-bit
- Windows 3.0 dan Windows 3.1
[Sunting] Sistem pengendalian hibrid 16/32-bit
- Windows 95
- Windows 98
- Windows Me
[Sunting] Sistem pengendalian 32-bit (keluarga NT)
- Windows NT
- Windows 2000
- Windows XP
- Windows Vista
[Sunting] Sistem pengendalian terbenam (untuk peranti elektronik)
- Windows CE
- Windows Mobile
[Sunting] Fungsi
Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan. Sistem Pengoperasian (OS) membekalkan perkhidmatan (service) kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membenarkan Ahli Program menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer. Selain itu fungsi sistem pengoperasian Microsoft Windows adalah ia sebagai susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan, mengawal, menjadualkan, dan menyelaraskan sesuatu operasi komputer.
[Sunting] Ciri-ciri utama
Tiada maklumat terkini mengenai Microsoft Windows Vista.
Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP antara ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu setting, kemaskini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui peralatan sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan seting yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka.
Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini.
Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai setting IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak ditandatangani.
Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.
[Sunting] Perisian percuma di dalam Windows
- Internet Explorer
- Windows Media Player
- Windows Movie Maker
- Windows Defender
[Sunting] Kelemahan dan Kelebihan Microsoft Windows
[Sunting] Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pengoperasian Windows antaranya ialah gangguan virus, penggodam, worm, dan lain-lain.
[Sunting] Kelebihan
Didalam sistem pengoperasian Microsoft Windows terdapat banyak kelebihan terutamanya dalam Windows XP (SP2). Windows XP SP2 utamakan aspek keselamatan :
[Sunting] 10 kelebihan SP2
Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2 .antara kelebihannya ia lebih mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows ini ialah:
- Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.
- Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.
- Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya di samping memberikan anda pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.
- Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.
- Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.
- Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.
- Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih efisyen.
- Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam.
- Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.
- Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian wayarles di rumah atau dalam perjalanan.