Taipei
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bandar Taipei (臺北市) |
|||
Pintu masuk ke Dewan Peringatan Chiang Kai-shek | |||
|
|||
Nama ringkas: "Bandar Azalea (杜鵑花之城)" | |||
Koordinat: 25°2′ N 121°38′ E | |||
---|---|---|---|
Negara | Republik China di Taiwan | ||
Kawasan | Taiwan utara | ||
Pusat bandar | Xinyi Dist (信義區) | ||
Datuk bandar | Hau Lung-bin (郝龍斌) | ||
Keluasan | |||
Bandar | 271.80 km² (104.9 b²) | ||
Air | 2.7 km² (1.0 b²) 1.0% | ||
Penduduk | |||
Bandar (Julai 2006) | 2,625,757 | ||
Kepadatan | 9660.6/km² (25,031/b²) | ||
Lain-lain | |||
Zon masa | CST (UTC+8) | ||
Bunga bandar: Bunga Azalea (Rhododendron nudiflorum) Pokok bandar: Banyan Cina (Ficus microcarpaBanyan) Burung bandar: Murai Taiwan (Urocissa caerulea) |
|||
Laman web: http://english.taipei.gov.tw/TCG/index.jsp |
Bandar raya Taipei (Templat:Zh-tsht; Taiwan: Tâi-pak-chhī) merupakan ibu negara sementara dan bandar terbesar di Republik China. Ia merupakan pusat politik, komersil, media massa, pendidikan dan juga "bandar dunia" Republik China.
Bandar raya Taipei, Daerah Taipei yang mengelilinginya, dan bandar Keelung yang berhampiran membentuk kawasan metropolitan Taipei tetapi ditadbir oleh badan kerajaan tempatan yang berlainan. Bandar Taipei merupakan kawasan perbandaran khas yang ditadbir langsung oleh kerajaan ROC, manakala Daerah Taipei dan bandar Keelung ditadbir sebagai sebahagian Wilayah Taiwan. Jadi, walaupun Taipei digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan kawasan metropolitan, Bandar Taipei cuma merujuk kepada bandar raya tersebut sahaja.
Mengikut maklumat banci pada Julai 2006, jumlah penduduk di bandar Taipei sahaja ialah 2,625,757. industri utama di sini termasuklah alat elektrik dan elektronik, tekstil, logam, pembinaan kapal dan motosikal.