Tentera Laut Diraja British
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Angkatan Tentera Laut Diraja British (TLD) United Kingdom atau Royal Navy merupakan cabang angkatan tentera yang tertua sekali dalam Angkatan Tentera British (dan disebabkan ini Tentera Laut Diraja ini merupakan satu cabang Senior Service). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke 20, TLD merupakan salah satu tentera laut terbesar dan terkuat di dunia, memainkan peranan penting dalam pembentukan Empayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-10 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti kapal selam (Anti-Submarine Warfare), dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Soviet Union, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan global dan operasi Laut Biru.
Kini, TLD merupakan angkatan tentera laut kedua terbesar dunia dalam terma saiz armada. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah Kapal Pengangkut Pesawat, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal patrol. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.
Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalam Perkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungi Angkatan Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Peranan
Peranan Tentera Laut Diraja (TLD) ialah untuk melindungi aset-aset kepentingan dan strategik British tidak kira lingkungan domestik ataupun secara global, melaksanakan dasar pertahanan dan luar negeri Kerajaan Ratu Britain melalui latihan ketenteraan, aktiviti diplomasi dan aktivit serta agenda lain yang menyokong objektif-objektif ini. TLD juga merupakan elemen penting untuk sumbangan United Kingdom kepada NATO, dengan beberapa jumlah asetnya diletakkan kepada tugasan-tugasan NATO pada bila-bila masa. Objektif-objektif ini dicapai melalui beberapa kebolehan.
- Pengekalan 'Nuclear Deterrent' (angkatan perang yang dilengkapi senjata nuklear) United Kingdom melalui polisi 'Continuous at Sea Deterrence ("Pertahanan Laut Berterusan")
- Penghantaran pasukan Komando UK
- Sumbangan aset terhadap Join Force Harrier (Angkatan Gabungan Harrier)
- Sumbangan aset terhadap Kawalan Gabungan Helikopter
- Pengekalan komitmen terhadap Kawalan Patrol; Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Utara), Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Selatan), Pasukan Tugas Teluk Parsi
- Penghantaran kebolehan kapal penyapu ranjau UK kepada negara-negara bersekutu
- Penyediaan kebolehan Hydrografi dan meterologi secara global
- Perlindungan kawasan perikanan United Kingdom dan European Union
[Sunting] Pemerintahan, kawalan dan organisasi
TLD ditubuhkan dibawah Perogratif Diraja, oleh itu, ahli dibawah kendalian tentera laut ini (tidak seperti Tentera British dan Tentera Udara Diraja) tidak perlu mengangkat sumpah kesetiaan kepada monarki British. Pemimpin Tentera Laut Diraja merupakan Lord High Admiral (Lord Laksamana Tertinggi), satu posisi yang sejak tahun 1964 lagi dipegang oleh monarki British yang juga merupakan panglima keseluruhan Angkatan Tentera British.
Pemimpin profesional kepada perkhidmatan ini adalah First Sea Lord, yang merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan United Kingdom dan Lembaga Admiralti Tentera Laut , yang mana, melaksanakan pengurusan seperti yang dibahagikan oleh Majlis Pertahanan. Lembaga Tentera Laut, sebuah jawatan kuasa kecil Admiralti Tentera Laut, bertanggung jawab terhadap pengurusan Perkhidmatan Tentera Laut. Semua jawatan kuasa ini adalah berdasarkan Kementerian Pertahanan United Kingdom. Bangunan pejabat utamanya terletak di London, di mana First Sea Lord disokong oleh Jabatan Staff Tentera Laut.
Pemerintahan penuh terhadap semua unit armada yang boleh dikerahkan, termasukla Marin Diraja dan Armada Auxiliary, adalah tugas Commander-in-Chief Fleet (CINCFLEET) (Komander Panglima Armada), dengan satu pusat pemerintahan di pangkalan HMS Excellent di Portsmouth dan sebuah Pusat Kawalan Operasi di Northwood, Middlesex, yang berada di Ibupejabat Tetap Gabungan dan sebuah Pusat Kawalan Wilayah NATO, Pemerintah Komponen Maritim Bersekutu Northwood (PKMBN), (English: Allied Maritime Component Command Northwood, (AMCNN)), CINCFLEET juga merupakan Komander PKMBN.
CINCFLEET turut disokong oleh:
- Second Sea Lord, yang berpangkalan di HMS Excellent, Pegawai Pemerintah di Perkhidmatan Tentera Laut. Dan juga seorang Laksamana Muda Angkatan Udara Armada.
- Timbalan Panglima Pemerinthan, berpangkalan di HMS Excellent, yang memerintah Ibu Pejabat.
- Komander Operasi, berpangkalan di Northwood, bertanggung jawab dalam kawalan operasi aset-aset TLD. Juga merupakan seorang Laksamana Muda dan Komander Angkatan Kapal Selam Tentera Bersekutu Utara NATO.
- Komander Angkatan Maritim UK, pasukan yang boleh dikerah untuk Staff Peperangan Maritim, Pasukan Petugas UK, Pasukan Petugas Amfibi UK, dan Pemerintah Komponen Maritim UK.
- Komander Pasukan Amfibi UK / Komandan General Marin Diraja British