Zakaria bin Ahmad
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Zakaria bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Galak merupakan salah seorang pelakon di Malaysia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Biodata
- Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
- A.Galak yang merupakan ayah kepada lima orang anak dan datuk kepada tujuh orang cucu.
[Sunting] Asal-usul Nama A. Galak
- Galak adalah nama timangannya di kalangan ahli keluarga sejak kecil.
- Arwah nenek beliau berkata, waktu kecil beliau kuat melalak (menangis) kalau hendakkan sesuatu barang. Orang akan kata, "Eh! budak ini galak betul nangisnya!". Sejak itu keluarga memanggilnya Galak.
- A itu untuk Ahmad.
[Sunting] Era Jalan Ampas.
- Beliau pernah bekerja di Studio Jalan Ampas di bahagian mekap untuk lelaki. Beliau menjaga pakaian dan sesekali menyolek para pelakon. Beliau pernah menyolekkan Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.
- Menjadi pelakon tambahan dalam filem Lampung Karam dan Aksi Kucing. Bukan setakat pelakon tambahan, beliau juga menjadi penari untuk sesetengah babak.
- Waktu itu beliau tidak ada termimpi langsung untuk menjadi pelakon secara serius. Beliau hanya berlakon secara suka-suka sahaja,” ceritanya tentang
- Sejak kecil beliau sudah terdedah dengan dunia seni kerana ibunya, Rokiah Jaafa yang menjadi heroin filem Putus Harapan adalah bintang filem Jalan Ampas yang seangkatan dengan Kasma Booty.
[Sunting] Era Pasca-Jalan Ampas
- Apabila Studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1960, pelbagai kerja dilakukan.
- Beliau turut menyertai Persatuan 4PM dan Persatuan Ali Fiji sebagai penari yang sering mengadakan persembahan di sekitar Singapura ketika itu. Malah A.Galak pernah menyertai kursus tarian di Kuala Kubu Baru selama sebulan.
- Pada tahun 1984, A.Galak mengambil keputusan untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.
- Beliau tidak memilih kerja, janji ada. Waktu datang ke Kuala Lumpur beliau bertemu dengan Deddy M.Borhan dari Sabah Filem dan menawarkan beliau berlakon dalam filem Azura.
- Beliau juga berpeluang muncul dalam filem Darah Satria sebagai Sarjan.
[Sunting] Era Di Bawah Yusuf Haslam
- Rezekinya dalam bidang lakonan terus berkembang apabila Datuk Yusuf Haslam memberi kepercayaan padanya untuk mengarah drama Debu-Debu Kota Raya, Remang-Remang Kota Raya dan berlakon dalam Roda-Roda Kota Raya sebelum Gerak Khas.
- Sejak itu setiap kali Yusuf terbitkan drama, nama A.Galak pasti diselitkan sama.
[Sunting] Filem:
- Filem Pasrah (2000)
- Filem Maria Mariana (1996)
- Filem Pemburu Bayang (1992)
- Filem Bayangan Maut (1991)
- Filem Azura - sebagai Datuk Putih @ ayah Zek (Jamal Abdillah)
- Filem Ali Baba Bujang Lapok - salah seorang dari 40 penyamun
[Sunting] Drama:
- Gerak Khas (1999-kini) sebagai Sarjan Mejar
- Roda-Roda Kuala Lumpur
- Remang-Remang Kota Raya