13 Januari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Januari | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2007 |
13 Januari merupakan hari ke-13 dalam kalendar Gregory. Tinggal 352 hari (atau 353 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari St. Knut (Kristian-Scandinavia).
[Sunting] Peristiwa
- 1842 - William Brydon, pembantu pakar bedah Tentera British semasa Perang Inggeris-Afghan Pertama, menjadi satu-satunya yang terselamat dari tentera seramai 16,500.
- 1898 - Emile Zola (gambar) menerbitkan "J'accuse" untuk mendedahkan peristiwa Dreyfus, dan menuduh kerajaan Perancis kerana anti-Semitik.
- 1957 - Wham-O, syarikat pengilangan mainan, mengeluarkan cakera terbang pertama yang kemudian dinamakan semula sebagai Frisbee.
- 1967 - Jeneral Gnassingbe Eyadema merampas kuasa di Togo, dan memerintah sebagai ketua negara sehingga kematiannya pada Februari 2005.
- 1986 - Pertempuran hebat selama sebulan bermula di Aden, Yaman Selatan, antara penyokong-penyokong Ali Nasir Muhammad dengan Abdul Fattah Ismail, dan mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.