Dari Wikipedia bahasa Melayu
16 Mac merupakan hari ke-75 (hari ke-76 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 290 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1968 - Insiden Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai melibatkan pembunuhan tidak sah semasa Perang Vietnam melibatkan satu Kompeni askar Tentera Amerika Syarikat di bawah pimpinan Kapten Ernest Medina termasuk Platun No. 1 di bawah pimpinan Leftenan William Calley. Dalam insiden ini, beratus-ratus orang awam Vietnam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika. William Calley akhirnya dihadapkan ke mahkamah tentera dan didapati bersalah kerana membunuh. Dia dikenakan hukuman penjara seumur hidup.