39
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 39. Bagi kegunaan lain, sila lihat 39 (nombor).
Tahun | 36 • 37 • 38 • 39 • 40 • 41 • 42 |
Dekad | 0-an • 10-an • 20-an • 30-an 40-an • 50-an • 60-an |
Abad | Abad ke-1 SM • Abad ke-1 • Abad ke-2 |
39 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Mengikut tempat
[Sunting] Asia
[Sunting] Empayar Rom
- Tigellinus, menteri dan kesayangan Nero, bakal maharaja Rom, dibuang negeri kerana berzina dengan adik-beradik Maharaja Caligula.
- Domitius Afer memperoleh jawatan konsul.
- Maharaja Caligula juga menjadi konsul.
- Agrippa I, raja Iudaea, dipanggil pulang ke Rom.
- Legio XV Primigenia dan XXII Primigenia dikenakan levi oleh Caligula untuk menyeberangi sempadan Jerman.
- Kempen ketenteraan Caligula dihentikan oleh komplot yang diketuai oleh Cassius Chaerea.
- Maharaja Caligula memerintah bahawa sebuah arcanya ditempatkan di dalam Candi Jerusalem. Publius Petronius, gabenor Syria yang dipertanggungjawabkan untuk membina arca itu, menghadapi tunjuk-tunjuk perasaan beramai-ramai oleh orang-orang Yahudi di kawasan itu, dan dapat menangguhkan pembinaan arca tersebut sehingga kematian Caligula pada 24 Januari 41.
- Philo mengetuai sebuah utusan Yahudi ke Rom untuk membantah keadaan-keadaan anti-Yahudi di Alexandria.
[Sunting] Kelahiran
- 3 November - Lucan, pemuisi Rom
- 30 Disember - Titus Flavius, maharaja Rom (79-81)
- Julia Drusilla, puteri Maharaja Caligula dari Rom.
- Britannicus, anak lelaki kepada bakal maharaja Rom, Claudius, dan isteri ketiganya, Messalina.
[Sunting] Kematian
- Seneca si Lebih Tua, ahli retorik Rom
- Herod Antipas