41
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 41. Bagi kegunaan lain, sila lihat 41 (nombor).
Tahun | 38 • 39 • 40 • 41 • 42 • 43 • 44 |
Dekad | 10-an • 20-an • 30-an • 40-an 50-an • 60-an • 70-an |
Abad | Abad ke-1 SM • Abad ke-1 • Abad ke-2 |
41 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Mengikut tempat
[Sunting] Asia
- Maharaja Guangwu dari Dinasti Han menggulingkan isterinya, Guo Shentong, sebagai maharani dan menjadikan Yin Lihua, permaisurinya, sebagai pengganti.
[Sunting] Empayar Rom
- Konsul-konsul: Maharaja Caligula, dan Gnaeus Sentius Saturninus.
- 24 Januari - Maharaja Caligula yang dikenali untuk keanehlakuan dan pemerintahan kuku besi yang kejam, dibunuh oleh pengawal-pengawal praetorianya yang bersungut.
- 24 Januari - Claudius mewarisi anak saudaranya, Caligula, sebagai maharaja.
- 25 Januari - Selepas perundingan selama satu malam, Claudius diterima sebagai maharaja oleh Senat Rom.
- Claudius menjadikan Agrippa sebagai raja Judea.
- Messalina, isteri Claudius, memujuk Claudius supaya membuang Seneca si Lebih Muda ke Corsica atas tuduhan berzina dengan Julia Livilla.
- Claudius memulihkan kebebasan agama kepada orang-orang Yahudi di seluruh empayar, tetapi melarang mereka yang tinggal di Rom berdakwah.
- Sebuah serangan oleh tentera Jerman yang menyeberangi Sungai Rhine dihentikan oleh tentera Rom.
[Sunting] Mengikut topik
[Sunting] Agama
- Selepas Diaspora, pengikut-pengikut Jesus membentuk komuniti-komuniti, khususnya di Damascus dan Antioch. Mereka digelar orang Kristian buat pertama kali.
[Sunting] Kelahiran
- Martial, pemuisi Latin (tarikh yang mungkin)
- Tiberius Claudius Caesar Britannicus, putera kepada Claudius dan Messalina.
[Sunting] Kematian
- 24 Januari - Caligula, maharaja Rom (dibunuh)
- 24 Januari - Julia Drusilla, puteri Caligula (dibunuh)
- Akhir tahun - Julia Livilla, anak perempuan Germanicus dan anak saudara Claudius (mati kebuluran dalam buangan)