Dari Wikipedia bahasa Melayu
3 Julai merupakan hari ke-184 (hari ke-185 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 181 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 323 – Constantine Agung menewaskan Licinius.
- 987 – Hugh Capet dimahkotakan sebagai Raja Perancis, raja pertama dinasti Capet yang memerintah Perancis sehingga Revolusi Perancis pada 1792.
- 1608 – Bandaraya Quebec diasaskan oleh Samuel de Champlain.
- 1863 – Serangan Pickett terjadi pada hari pertempuran terakhir dan yang paling menumpahkan darah dalam Perang Gettysburg, dan menandakan titik peralihan dalam Perang Saudara Amerika.
- 1938 – Mallard Kereta api London dan Timur Laut (LNER) (gambar) mencapai kelajuan 203 kilometer sejam (126 batu sejam) dan memecahkan rekod untuk lokomotif kereta api stim.
- 1964 – Presiden Lyndon Johnson memeterai Akta Hak Awam 1964 yang melarang pemisahan kaum di tempat awam Amerika Syarikat.