Cathay Pacific
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Cathay Pacific | ||
---|---|---|
IATA CX |
ICAO CPA |
Pengenalan CATHAY |
Penubuhan | 1946 | |
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong | |
Bandar tumpuan/Hab kedua | Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan | |
Program frequent flyer | Asia Miles | |
Lobi ahli | Kelas Pertama/Perniagaan (The Wing dan The Pier) | |
Perikatan | Oneworld | |
Bilangan pesawat | 101 | |
Destinasi | 105 | |
Ibu pejabat | Hong Kong, Republik Rakyat China | |
Tokoh | Philip Chen (CEO), David Turnbull (Pengerusi) | |
Laman web: www.cathaypacific.com |
Cathay Pacific Airways Limited adalah syarikat penerbangan komersil yang berpusat di Hong Kong. Ia merupakan sistem penerbangan "kebangsaan" Hong Kong.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Cathay Pacific ditubuhkan di Shanghai pada 24 September 1946 dan pelopornya ialah Roy Farrell dan Sydney de Kantzow. Kedua-dua mereka adalah bekas tentera udara yang biasa dengan kawasan Himalaya. Sebagai permulaan, Cathay Pacific menggunakan sebuah Douglas C-47 untuk menghubungkan Hong Kong dengan Sydney, Manila, Singapura, Shanghai dan Guangzhou. Pada tahun 1948, Butterfield & Swires menjadi pemegang saham minoriti dalam penerbangan ini dan kemudiannya berjaya menguasai 52% saham Cathay Pacific.
Melalui pembelian pesaingnya Hong Kong Airways pada tahuhn 1959, Cathay Pacific mula mengembangkan operasinya dan membeli Convair 880 pada tahun 1967. Operasi ke Jepun juga dimulakan pada tahun yang sama. Era 70-an dan 80-an menyaksikan perkembangan aviasi asia yang pesat sekaligus menyumbang kepada perkembangan Cathay Pacific. Krisis ekonomi Asia pada lewat 90-an dan serangan SARS memberi tamparan yang hebat kepada Cathay Pacific.
[Sunting] Pesawat
Cathay Pacific mempunyai armada 101 pesawat, 36 daripadanya mempunyai 3 kelas perkhidmatan (Pertama, Perniagaan dan Ekonomi) untuk penerbangan jarak jauh dan 47 mempunyai 2 kelas perkhidmatan (Perniagaan dan Ekonomi) untuk penerbangan jarak dekat dan seahagian penerbangan jarak jauh. Syarikat ini juga mempunyai 16 buah kapal terbang pengangkut.
- Airbus A330-300 (20)
- Airbus A330-333 (7)
- Airbus A340-300 (5)
- Airbus A340-300 (10)
- Airbus A340-600 (3)
- Boeing 777-200 (5)
- Boeing 777-200F (7)
- Boeing 777-300 (12)
- Boeing 747-400 (21)
- Boeing 747-400F (6)
- Boeing 747-400BCF (4)
[Sunting] Destinasi
Untuk rencana lanjut lihat Destinasi-destinasi Cathay Pacific
Cathay Pacific terbang hampir ke seluruh benua Asia, Eropah dan Amerika Utara. Penyertaannya ke dalam Persekutuan One World turut menyumbang kepada liputan perkhidmatannya.
[Sunting] Pautan luar
Ahli-ahli Perikatan Oneworld | ||
---|---|---|
Ahli | Aer Lingus · American Airlines · British Airways · Cathay Pacific · Finnair · Iberia Airlines · LAN · Qantas | |
Calon Ahli | Malév ·Royal Jordanian Airlines · Japan Airlines |