Homoseksual
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama gender" yang merupakan gabungan prefix Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria.
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti pada awal-awal penyakit merebak. Rujukan 1.
Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dikalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dikalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS. Rujukan 2.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Homoseksual dalam agama Ibrahim
Sesetengah pakar mempercayai bahawa wabak AIDS dikalangan homoseksual adalah punca riwayat yang dikisahkan dalam kitab ugama Ibrahim. Dipercayai sebagai cara memberentas wabak tersebut, kesemua pesakit dan pelaku homoseksual telah dihukum bunuh ketika itu, satu hukum keugamaan yang kekal sehingga kini.
Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.
Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud, “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?”
Ayat 81 bermaksud, “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”
[Sunting] Faktor-faktor terjebak
Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan seseorang itu menjadi homoseksual.
1. Faktor Keluarga
Pengalaman / trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu.
Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa
2. Persekitaran
Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling.
Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya.
Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.
Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.
Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.
Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
3. Faktor Biologi
Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.
4. Faktor pendorong individu
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.
Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay)
Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri.
5. Faktor penarik individu terhadap homoseksual
Keinginan perasaan yang harmoni untuk mendominasi hawa nafsu.
Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain
Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan respon erotik menjadi pasif.
6. Peranan utama aktiviti seksual
Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan.
Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian
[Sunting] Peringkat homoseksual
Terdapat beberapa peringkat komoseksual:
1. TERAHSIA (CLOSET)
Bermula sebagai ‘Homoseksual Sulit’
Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat.
Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.
2. PENDEDAHAN AWAL (COMING OUT)
Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat.
Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.
3. PERKONGSIAN (SHARING)
Tahap Perkongsian Pertama
Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakan-rakan. Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang
Tahap Perkongsian Kedua
Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka. Bersedia untuk menerima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.
4. KOMUNITI HOMOSEKSUAL (HOMOSEKSUAL COMMUNITY)
Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya.
Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain
[Sunting] Perspektif masyarakat
1. Aktiviti homoseksual memusnahkan kekuatan moral masyarakat
Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar tabi’i. Dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat
2. Homoseksual tidak perlu diberi hak-hak istimewa
Golongan ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengan tingkahlaku syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Mereka sering dipinggirkan tanpa penjelasan yang kukuh
3. Homoseksual mencerminkan kemunduran masyarakat
Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabi’I manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlaK akan berleluasa
4. Homoseksualiti membunuh institusi kekeluargaan
Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat.
5. Mereka bertanggungjawab terhadap gelaja kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti AIDS dan STD. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama.
6. Diskriminasi
Sering dianaktirikan dalam pelbagai aspek.
Budaya: Kegiatan harian (walaupun sama seperti orang lain) tidak dapat diterima oleh masyarakat. Dianggap janggal setiap kali melakukan sesuatu tugas walau tidak berkaitan dengan identiti homoseksual atau hetroseksual
Sosial : Dianggap sebagai ‘orang asing’ dan tidak mendapat layanan seperti orang lain sering dilihat sebagai ‘pelik’ dan tidak dapat diterima dalam kegiatan luar.
Tidak ramai golongan homoseksual yang memegang jawatan tinggi di mana-mana jabatan, yang berani untuk menonjolkan diri pada masyarakat, yang mampu pertahankan kelebihan yang ada pada diri dan sebagainya. Disebabkan pandangan masyarakat, kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri mereka tidak diiktiraf.