Portal:Islam
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Islam? (bahasa Arab: al- islām) ialah agama yang kedua terbesar di dunia. Perkataan 'Islam' berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud "tunduk, dan patuh", serta "selamat, sejahtera, dan damai". Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Pengikut-pengikut Islam, dikenali sebagai orang Muslim (daripada perkataan Arab, muslimeen, yang bermaksud "seseorang yang telah berserah kepada Allah") mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. (k.k. 570–632) diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu, dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Orang Muslim mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Ajarannya kepada manusia akan berlanjutan sehingga qiyamah (bahasa Arab yang bermaksud Hari Pengadilan). Dalam Islam terdapat dua kumpulan fahaman utama, iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah, dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin. Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan i'tikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterimaguna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Apakah portal? | Senarai portal | Portal pilihan
ms:Portal:Islam |